Assalamualaikum
Situasi 37 melibatkan bahasa yang digunakan oleh pemberita. Gelaran merupakan suatu kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama seseorang sama ada menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi tidak kira ia adalah kelayakan profesional atau akademik. Dalam sesetengah bahasa, gelaran boleh diletak di antara nama pertama atau akhir. Sedang para pakar bahasa mempergiatkan usaha untuk meningkatkan dan mengembangkan bahasa Melayu, ada dalam kalangan pembaca berita menggunakan bahasa yang tidak betul semasa menyampaikan berita. Mereka kadang kala lupa akan pangkat yang ada pada Perdana Menteri. Semasa menyampaikan berita mereka selalu menyebut Perdana Menteri dengan nama sebenar sahaja tanpa gelaran atau nama panggilan. Sepatutnya perkara ini tidak boleh dilakukan oleh mereka kerana nama gelaran seseorang sangat penting dan kita harus menghormatinya lebih-lebih lagi dalam situasi formal.
Perdana Menteri |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan