kehidupan ibarat ombak.. sekali menghempas pantai sekali pantai berubah.. iman yang teguh menjadi benteng di tepian pantai yang memutih..
Jumaat, 4 Mac 2011
Situasi 16-Kecindan
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang indah. Buktinya semasa di dalam kelas seorang pensyarah menggunakan perkataan kecindan untuk menggantikan perkataan lawak. Saya tidak pernah mendengar perkataan tersebut sebelum ini dan sangat suka dengan penggantian perkataan tersebut. Saya akan menggunakan perkataan tersebut dalam perbualan seharian kerana saya menganggapnya sebagai sesuatu yang unik. Usaha pensyarah ini sangat bagus kerana dapat meningkatkan kosa kata dan pengetahuan kami sebagai pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan. Beliau mengatakan untuk menjadi seorang guru mesti ada unsur kecindan dalam pengajaran. Hal ini kerana karakter yang dibawa oleh guru boleh mempengaruhi pelajar dalam banyak hal. oleh itu, sebagai bakal guru belajar-belajar lah membuat lawak atau memasukkan unsur kecindan dalam pengajaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan