Isnin, 1 Ogos 2011

Sikap pentingkan diri sendiri

Saya rasa semua orang mengetahui apakah itu sikap pentingkan diri sendiri?
pentingkah kita mengamalkannya?
perlu ke kita mempunyai sikap tersebut?
bagi aku semua ini bergantung kepada situasi.
ada kalanya kita terpaksa mementingkan diri atas alasan-alasan tertentu.

contohnya: kita ada urusan penting yang mesti diuruskan secepat mungkin, tiba-tiba ada seorang kawan meminta tolong, kita terpaksa menolaknya dengan cara baik.. itu tidak dikira mementingkan diri...

yang saya nak tekankan di sini ialah ada segelintir masyarakat kita yang mementingkan diri tidak bertempat.. padahal pada hakikatnya dia boleh beralah atau bertolak ansur...

contohnya: situasi yang telah aku alami sekarang..
jeng,jeng,jeng... bukan untuk mengutuk atau mengata mana-mana pihak.. tetapi sekadar renungan bersama...

ceritanya bermula begini...
aku akan diobserve kali terakhir pada hari khamis ni.
lecture minta aku menggunakan ICT dalam pembelajaran.
ok! aku dengan semangatnya menscan mana-mana tempat yang boleh aku tumpang pada hari khamis tersebut..
maklumlah LCD ni bukan ada dalam semua kelas..
kelas yang aku nak ajar ni ada LCD.
cuma! mejanya tak sesuailah pulak...
tinggi sampai sukar untuk lihat muka anak-anak murid aku yang kiut-miut tu..
eh, melalut pulak.
ok teruskan cerita..
jadi aku pergilah tanya cikgu sini sana yang mana-mana tempat yang sesuai.
tut2 libry xboleh, makmal ict xsesuai...
haiya!!
apa yang harus aku buat ni... last2.. jalan terakhir ialah mana-mana makmal yang terdapat di sekolah..
aku pun merangkaklah dari satu makmal ke satu makmal...
banyak jawapan yang aku dapat tapi ayat yang sama!!..
"makmal penuh dik"
"makmal penuh dik"
"makmal penuh dik"...
Aduii.. pitam...
bagaimanakah???
dr nak guna ICT jugak!

nak je aku cakap kat pembantu makmal dan cikgu-cikgu tu..
akak boleh tak sekali ni je akak belajar di dalam kelas??
bukan buat eksperimen pun kan???

tapi kata-kata ni tersekat di kerongkong je!
aku tak nak la dituduh biadap pulak!

Moralnya: bagi la peluang kat budak-budak praktikal ni, tak lama pun, 2 masa jer... saya bukan saje2 nak guna makmal tu... dan fikirlah selama ni pun kamu semua menjalani praktikal jugak sebelum menjadi guru tetap..

tapi yang bestnya tak semua berperangai macam tu..
ada cikgu2 yang baik sanggup menukar jadual waktu walaupun last minit..
suka cikgu yang spoting macam ni..
terima kasih cikgu!

p/s: Semua manusia tidak sama sikapnya, namun manusia boleh berubah ke arah kebaikan...

Ahad, 24 Julai 2011

Sahabat yang pergi..

Disaat aku merindukanmu ku tatap wajahmu,
Sungguh manis senyumanmu wahai  sahabat,
Kerinduanku bertambah taktala segala janji kita bersua,
Kenapa begitu singkat masa kita bersama,
Belum puas aku bersamamu,
Aku rindu tawamu,
Tingkahmu sentiasa terbayang dimataku,
Sahabat.
apa khabarmu di sana sahabat,
doaku kau aman hendaknya,
tunggu aku di sana,
suatu hari nanti aku pasti menemuimu dan kita akan bersama segalanya,
sahabat,
masihkah kau ingat waktu dulu,
kita sentiasa bersama ke mana sahaja,
dimana ada kau mesti  diiringi dengan langkahku,
sahabat,
tahukah engkau,
dulu aku selalu cemburukan kau,
kesempurnaan hidup kau selalu aku dambakan,
tetapi aku silap wahai sahabat,
di sebalik kemewahan kau terselit seribu kesengsaraan,
mengapa pada masa itu aku tidak memahamimu wahai sahabat,
ada saja perbuatanku yang tidak ikhlas,
tetapi aku menyesal wahai sahabat,
kalau aku tahu kau akan pergi meninggalkanku,
aku akan ikut segala kehendak kau,
sahabat, pada siapa lagi aku melempiaskan luahan rasa,
tanpamu aku menjadi kaku dan bisu,
masalah bertimpa-timpa,
tiada siapa yang tahu,
tiada yang mahu berkongsi rasa hati,
sesungguhnya kehilanganmu amat menyakitkan wahai sahabat…
love u  Nuraiza binti Mohd Shamsudin.

KE MANA AYAH

                                               
Hembusan angin petang membuai-buai, sejuknya membuatkan bulu roma sesekali berdiri tegak, ‘nyamannya!! Kalau la hari-hari aku dapat hirup udara yang segar begini, hurm… tapi sayang, tempat aku bukan di sini. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin berulang lagi…. Hati kecil intan berbisik.. memang betul, mersing merupakan tempat yang penuh nostalgia. Tempat Intan dibesarkan, sebagai anak nelayan yang hidupnya bergantung pada pasang surutnya air laut.
            “Intan! Apa kau buat ni ha? Dari tadi aku panggil kau buat tak tahu jer.Kau teringatkan Fahmi ye?“eh kau ni Suzi, buat aku terperanjat je.. ke situ pulak kau ek… tak kan la aku nak ingatkan budak gila tu… tak da orang lain ke ha kau nak sebut? Bosan tau tak aku dengar nama tu… naik jemu telinga aku ni.. huh!,” Intan menjeling tajam ke arah Suzi. Dia sangat tidak berpuas hati dengan usikan sahabat karibnya itu. Banyak kisah hidupnya yang masih dirahsiakan daripada Suzi. Baginya Suzi tidak seharusnya tahu tentang kisah hidupnya kerana dia tidak suka simpati daripada orang lain. Walau sekuat mana pun ombak yang membelah pantai, pantai tidak akan berubah. Itu prinsip hidupnya!
            “Ala kau ni Intan, tu pun kau nak ambik hati jugak ke? Tapi kalau betul pun apa salahnya. Secocok apa kau dengan Fahmi tu, ensem, kaya, sempurna apa? Apa lagi yang kau nak? Jangan suatu hari nanti kau menyesal dah la. Tapi kan, kalau kau betul-betul tak nak kau pas la kat aku eh… aku teringin gak nak berkawan dengan anak orang kaya.. boleh kan?” Pertanyaan Suzi sedikit pun tidak didengari oleh intan. Sebaliknya Intan kusut memikirkan tentang seseorang, seseorang yang telah lama menghilang. Tiada khabar berita.  Intan! Ko dengar tak apa yang aku cakap ni? Dari tadi lagi aku cakap sorang-sorang jer. “ hurm, aku dengar la!! Cukup-cukup la tu Suzi. Kau jangan nak berangan la.. kita ni tak setaraf dengan dia tu.. dah la, jom la kita balik umah.. aku dah lapar ni.. mesti mak dah tunggu kita” “yela-yela, Intan ni kalau bab makan mesti yang pertama kan??? “ eh mestilah, bukan senang nak rasa air tangan mak aku tau tak.. masak lemak ikan kering dengan pucuk ubi tu la yang jadi santapan aku hari-hari tau tak?? Campur pulak dengan sambal belacan.. aduhai… sedapnya…”
            Deruan enjin di tengah-tengah kota membingitkan corong pendengaran, bunyi hon bertalu-talu. Pemandu kenderaan berkaki empat seperti dikejar bayang-bayang sendiri. Berlumba-lumba ingin sampai dahulu ke destinasi yang ingin dituju. Sebaliknya Intan tetap tenang menghadapi situasi yang telah menjadi makanan sehariannya. Tapi hari itu agak berlainan seperti biasa. Selalunya Intan tidak akan terlewat ke tempat kerja. Gara-gara terlambat bangun dia terlewat ke tempat kerja. Ini semua berpunca daripada Suzi yang mengajaknya menonton video hingga larut malam. Katanya seram nak tengok sorang-sorang.. walaupun semuanya berpunca daripada Suzi, Intan tidak pernah pula menyalahkan sahabatnya itu.. itu semua bukan alasan untuk dia lambat ke tempat kerja..

            “Selamat pagi Intan, hai awal kamu datang hari ni.. jam kamu mati ke??” pengurus bahagian yang bernama Fahmi itu menyoal. Sejak kebelakangan ini Fahmi suka mencari kesalahan Intan. Intan tahu sebabnya, ekoran daripada Intan menolak cinta Fahmi, Fahmi menyimpan dendam kepadanya. Bukan dia sombong, Cuma Intan tidak bersedia lagi untuk memikirkan soal-soal yang dianggap terlalu rumit dan agak peribadi buat masa ini. Tumpuannya hanya pada kerja dan hasilnya dia dapat menampung kehidupan mak dan adik-adik di kampung. Sebagai anak sulong, besar tanggungjawabnya pada keluarga. Walaupun dia tahu kedudukannya dalam keluarga itu tidak seindah yang dilihat dengan mata kasar..
            Hai, sudahlah datang lambat, nak makan gaji buta pulak ye?? Soal Fahmi. Eh.. maafkan saya En. Fahmi saya.. saya… “sudahlah, jangan awak buang masa lagi. Tolong carikan dokumen yang saya minta semalam dan saya nak ada atas meja saya kejap lagi!” arahan keras daripada bosnya telah bermula. “ baiklah bos, kejap lagi saya akan hantar, ada apa-apa lagi bos?? Fahmi berlalu begitu sahaja tanpa menjawab persoalan intan. Begitulah seterusnya hari demi hari, begitu dingin layanan Fahmi terhadapnya, namun Intan tidak menyimpannya sebagai dendam malahan dia makin bertekad untuk memajukan dirinya.
            Alunan suara lagu kegemaran Intan memecah kesunyian malam, panggilan daripada mak segera dijawab, “ assalamualaikum.. Intan apa khabar??” mak memulakan bicaranya, suaranya menyirap ke hati, menambahkan kerinduan Intan pada gerangan yang bercakap. “ wa’alaikummusalam mak… Intan sihat, mak apa khabar?? Adik-adik?? “ mak sihat Intan.. macam mana dengan kerja Intan? Hurm.. setakat ni Alhamdulilah mak. Semuanya baik je.. Cuma… Cuma ape Intan?? Kongsilah dengan mak. Mana tahu mak boleh tolong… eh tak ada apa-apa la mak.. Intan menjawab sambil ketawa kecil bertujuan untuk menyedapkan hati Ibunya. Kalau tak ada apa-apa tak mengapalah.. sebenarnya mak ada tujuan menelefon kamu ni… tanah arwah ayah kamu di hujung kampung berhampiran pantai tu ada orang dah bertanya Intan.. mak tak ada hak ke atas Tanah tu.. Tanah tu atas nama kamu..” kenapa?? Mak nak jual ke tanah tu???” eh mak tak kata mak nak jual tanah tu Intan. Itu sajalah tanah yang arwah tinggalkan untuk kita. Kita mana ada lagi tanah lain kat kampung ni…” mak boleh tak mak jangan sebut perkataan arwah?? Ayah belum meninggal mak, dia ada lagi,, dia masih hidup… Intan yakin dia masih hidup mak… laju air mata Intan mengalir… sudah lama dia tidak menyebut tentang ayahnya… sesiapa pun tidak berani bertanya… hari ini hatinya terguris lagi… orang yang disayangi dari kecil hingga menapak remaja kini masih tidak kelihatan. Kalau tidak dialah orang yang paling bahagia melihat anak gadisnya meniti kedewasaan, cantik, secantik insan yang pernah dicintainya, dipujanya setiap masa sehingga sanggup meninggalkan keluarga.
            “Intan, Intan… Intan dengar tak mak panggil ni??? Intan maafkan mak, mak tak bermaksud nak melukakan kamu.. Mak sayangkan kamu Intan.. maafkan mak ya??? Tangisan Intan sudah reda mendengar suara emak… luluh hatinya mengenangkan pengorbanan wanita itu, membesarkannya tanpa sebarang keluhan, macam anak sendiri, walhal Intan hanya anak tiri yang dibela sejak dari kecil.. tetapi dia tidak pernah dibezakan dengan anak yang lain. “Mak…. Maafkan Intan ye mak.. sebab berkasar.. Intan tak sengaja… takpelah Intan, mak faham perasaan kamu. Okeylah Intan, dah lewat ni.. nanti senang-senang telefon la selalu, mak selalu rindukan Intan.. Intan anak mak sampai bila-bila tau.. Intan tau mak sayangkan Intan kan??? Baiklah mak… Intan pun sayangkan mak. Terima kasih mak.. perbualan kedua-duanya diakhiri dengan ucapan assalamualaikum.
            Berhari-hari hidup Intan tidak tenang, macam ada perkara yang akan berlaku.. semua pekerjaan yang dilakukannya tidak menjadi. “ apa kene dengan aku ni ha???... sebenarnya kejadian itu berpunca daripada peristiwa dia terserempak dengan pemandu En. Fahmi beberapa hari lalu. Rupa pemandu itu sangat mengganggu emosinya, tapi mustahil, tidak mungkin lelaki itu. “ tak boleh jadi ni, aku mesti buat sesuatu agar aku tak fikir bukan-bukan lagi.. baik aku telefon Suzi..
            “apa hal kau tiba-tiba ajak aku keluar ni Intan. Selalunya hobi kau hujung minggu ni duk terperap je kat umah kau tu. Ni tiba-tiba pulak kau ajak aku keluar. Tanya suzi penuh tanda Tanya. “kau ni suzi aku keluar pun salah aku duk umah pun salah. Dah macam mana?? Macam mana apa intan?? Macam ni la aku nak tengok kau. Bersosial macam orang lain jugak. Tak macam selalu duk umah aje.. apa yang kau dapat?? Huh! Penat aku fikir pasal kau ni… jom kita tengok wayang ?? ish tak nak la suzi, aku tak suka la tengok wayang tu, kalau aku nak tengok wayang kat umah tu pun aku boleh tengok tau tak? Ala kau ni Intan mana sama kat umah dengan pawagam. Jom la, lagipun bukan selalu pun. “ baiklah, tapi biar aku yang pilih cerita tau.. aku nak tengok cerita seram.. bukan cerita jiwang ok. Hurm.. oklah. Janji kau nak tengok wayang.
            Masa seharian dihabiskan bersama suzi yang sangat baik hati sudi melayan kerenah dan kehendak Intan. Intan puas! Sedikit sebanyak hatinya tenang dan peristiwa lama dapat dilupakan. Keesokan harinya Intan akan menjalani hari-hari yang amat mencabar mindanya. Bekerja sebagai pembantu peribadi kadang kala membuatkan Intan tidak ada masa untuk dirinya sendiri.
            Selamat pagi bos! Selamat pagi Intan, Hai bersemangat awak hari ni Intan. Baguslah, saya ada tugas baru untuk awak esok. Ada apa bos? Soal Intan agak curiga. Masuk bilik saya pukul 9.30 nanti ya, bawakkan kopi sekali kalau boleh. Baiklah bos. En Fahmi terus berlalu ke biliknya sementara Intan pula tanpa membuang masa terus ke bilik rehat untuk membancuh kopi.
Tuk.tuk.tuk. masuk, kata Fahmi dengan nada bersahaja. Ini kopinya Encik. Terima kasih Intan.. tanpa menghiraukan Intan yang berdiri di hadapannya Fahmi terus menghirup kopi panas dengan penuh kenikmatan. Terlupa sebentar hal yang ingin diperkatakan pada Intan. Oh ya Intan, lupa pula saya, tujuan saya panggil awak ni sebenarnya, hmmm… awak mesti ikut saya ke Langkawi pagi esok. Bawak keperluan awak secukupnya. Kita akan berada di sana selama tiga hari atas urusan kerja. Tapi bos,…. Eh tak da tapi-tapi lagi. Keputusan saya muktamad.. banyak kerja yang saya nak buat sepanjang berada di Langkawi dan saya nak awak membantu saya kerana awak seorang saja yang boleh memahami kehendak saya.. “kalau macam tu baiklah bos”..dalam keadaan terpaksa Intan terpaksa menerima. Lagipun atas urusan kerja. “ maaf bos, kalau tak keberatan boleh saya tahu pukul berapa kita nak bertolak esok? Hurm.. macam biasa, awak datang je waktu pejabat sebab saya ada urusan penting nak selesaikan di pejabat sebelum bertolak. Ok awak boleh keluar dulu. Terima kasih En Fahmi.” Tanpa membuang masa Intan terus berlalu ke tempat duduknya. Keesokan hari ada tugas berat menantinya. Semoga segalanya berjalan lancar.
            Selamat pagi En.Fahmi”. eh awal awak sampai Intan? Yer Encik, saya terpaksa naik teksi untuk ke sini tadi tu yang lambat sikit. La, kenapa awak tak beritahu saya semalam kalau tak saya boleh jemput awak pagi tadi. Eh tak mengapa Encik, saya dah biasa naik teksi, dulu sebelum dapat kereta antik saya tu, saya selalu menggunakan perkhidmatan teksi jugak. Jadi tidak salah rasanya saya menaiki teksi. Yelah, Intan, bercakap dengan kamu ni semua awak aje yang betul. Ha, dah sedia nak melancong?? Melancong? Melancong apa pulak ni Encik? Bukankah kita pergi atas urusan kerja? Awak ni, memang la atas urusan kerja, tapi bab kata orang, sambil menyelam minum air.. hehehe… hurm… ada saje Encik Fahmi ni. Oh ya Intan. Pukul 11 nanti kita akan bertolak, pemandu saya akan hantar kita ke KLIA. Ape? Pemandu Encik??? Ha yelah pemandu saya. Kenapa ada masalah ke Intan? Eh tiada ape la Encik. Baiklah Intan, kalau tiada apa-apa hal lagi saya nak teruskan kerja saya.
            Masa yang ditunggu telah tiba, pemandu Encik Fahmi telah tunggu di parkir. Eh, papa.. kenapa papa pulak yang hantar saya ni. Mana pak Mat papa? “ Pak Mat kamu tak sihat hari ni, papa suruh dia berehat di rumah. Lagipun papa tak da apa-apa aktiviti di rumah hari ni. Bosan juga asyik duduk memerap di rumah, sesekali merasa kesibukan kota dapat juga papa menguji tahap kesabaran papa ni.. eh bersembang pulak kita ni. Masuklah, ni ke gadis yang kau ceritakan tu Fahmi?? A’ah papa, nilah Intan, cantik kan pa setiausaha saya?”. “ boleh tahan, orangnya manis, patutlah anak papa ni angau semacam je..” Intan yang dari tadi mendengar perbualan dua beranak itu hanya diam membisu, sesekali hatinya curiga dengan perbualan mereka, “masakan Tan Sri mengenali dirinya, apakah yang telah Fahmi ceritakan pada papanya tentang diriku??? Persoalan yang bermain di hati Intan tidak menemui jawapannya.
            Perjalanan ke lapangan terbang KLIA dirasakan sangat lama, Intan tidak dapat duduk dengan tenang di dalam kereta mewah milik Tan Sri Malik. Tan Sri asyik mencuri pandang ke    arah Intan selepas pemanduan ke KLIA bertukar ganti. Fahmi telah mengambil alih pemanduan dan membiarkan papanya mengamati kesibukan kota yang dikatakan oleh papanya sebentar tadi. Sementara Intan semakin resah. Dirasakan macam sedang menghadiri temuduga pula apabila berdepan dengan Tan Sri. Macam-macam soalan yang ditanyanya, asal mana?, keluarga macam mana? Tapi tidak banyak yang diceritakannya, masih ada perkara yang dirahsiakan daripada pengetahuan Tan Sri. Baginya perkara tersebut terlalu peribadi dan dia tidak mahu peristiwa sedih terimbau kembali.
            Eh, Intan, kenapa kamu termenung ni? Tak nak turun ke? Ke awak tak mahu ikut saya ke Langkawi. Eh, kita dah sampai ke? Maaflah encik saya tak perasan tadi. Kemana kamu mengelamun ni Intan? Ingatkan teman lelaki ke?? Apa yang en. Mengarut ni? Saya mana ada teman lelaki? Tak ada ke? Kalau macam ni ada peluang la saya” ucap Fahmi dalam nada yang agak perlahan. “Encik Cakap apa? Saya tak dengar la.” Intan seakan tidak berpuas hati. Tak ada apa-apalah, saya cakap kita dah terlambat ni.. cepatlah, nanti tertinggal flight susah pulak kita. Fahmi cuba mencari helah yang baik untuk menipu Intan. “ ha, kalau macam tu cepatlah”, ujar Intan.
            Setelah sehari bersama Fahmi bermacam-macam pengalaman yang telah dilalui oleh Intan, tapi dia hairan, kenapa Fahmi melayannya dengan begitu baik sekali. Walaupun Intan berkasar dengannya, dia tetap melayan Intan seperti biasa. Kadang kala dia pelik dengan perangai Fahmi, “tidak ada perasaankah dia” rasa bersalah pula aku. Hurm.. sepatutnya aku mesti menghormati Fahmi sebagai bos aku, tapi aku tidak, sebaliknya aku selalu menengking-nengking Fahmi, macam Fahmi pula orang bawahan aku. Eh peduli apa aku, siapa suruh dia ajak aku ke sini, ini dah dikira di luar bidang aku. Selagi aku berada di sini, selagi itulah aku tak akan beri muka pada si Fahmi ni” ngomel Intan dalam hatinya. “Intan marilah kita ke sana, apa yang awak menungkan ni? Tak kan dah ingat KL kut, baru sehari kita kat sini.” Ujar Fahmi. “ eh mestilah saya ingatkan rumah saya, mana-mana saya pergi, tak sama dengan rumah saya tau tak?”. Intan menjawab dengan agak kasar. “ Yelah, memang la tak sama dengan umah kita Intan, tapi sekurang-kurangnya seronok juga kat sini kan. Dapat melepaskan tekanan yang awak hadapi di pejabat tu, saya tengok awak tiap-tiap hari macam stress je. Awak ada masalah ke Intan?” Tanya Fahmi dengan penuh prihatin. “ eh laki ni perasan pulak aku ni banyak masalah. Dia intip aku hari-hari k ek?” Tanya Intan dalam hati. “Intan, Intan, awak dengar tak saya Tanya ni? Pertanyaan Fahmi dibiarkan sahaja oleh Intan, bagi Intan, Fahmi bukan tempat dia mengadu masalahnya. Kalau dia mengadu pun bolehkah Fahmi menyelesaikan masalahnya? Itulah kemelut yang melanda fikiran Intan sekarang. Argh! Tak kira dia tidak perlu tahu dan tidak akan tahu hal peribadi aku. “ Eleh ko tak payah nak buat baiklah Fahmi.
            Mesyuarat atau dengan lebih tepat lagi percutian untuk mengeratkan silaturahim antara Intan dan Fahmi selama tiga hari dua malam hanya sia-sia sahaja. hubungan antara mereka semakin dingin. Intan masih menutup hatinya pada mana-mana lelaki kecuali pada bapanya yang tercinta sahaja. selagi mayat bapanya tidak ditemui selagi itulah Intan tidak berminat untuk membuka pintu hatinya pada mana-mana lelaki, baginya semua itu tidak penting kalau bapanya tidak dapat melihat kebahagiaannya. Dia tidak akan berkahwin selain bapanya sebagai wali. Dia sangat yakin bahawa bapanya masih hidup dan dia akan hidup bersama bapanya suatu hari nanti. Apabila sampai di KLIA. Mereka dijemput oleh pemandu keluarga Fahmi yang dikenali sebagai Pak Mat itu, sekali lagi jantungnya berdegup kencang, inilah kali kedua dia berjumpa dengan Pak Mat, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada berjumpa dengan pemandu Fahmi, tapi apakan daya, dia tidak dapat mengelak. Semasa mata mereka bertembung seakan ada satu semangat luar biasa yang menular ke dalam Intan. Intan juga tahu, Pak Mat turut tersentak apabila melihat kelibat Intan. Tapi dia tidak berani menegur. Siapalah dia, hanya pemandu kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan Fahmi sebelum ini.
            Setelah sebulan lebih duduk dalam keadaan tidak tenteram, Intan memberanikan diri untuk bertanya kepada Fahmi mengenai Pak Mat. “Encik Fahmi, boleh saya bertanyakan satu soalan?” soal Intan. “ kalau kerana awak 100 soalan pun saya sanggup Intan, tanyalah?” Fahmi melayan Intan seolah-olah mereka pasangan kekasih. “Pak Mat tu asal dari mana ya? Boleh saya tahu?” owh, pasal pak Mat rupanya, kalau awak nak tahu, mengikut kad pengenalannya dia berasal dari johor, tapi sayang pak Mat hilang ingatan sejak kali pertama papa bawa dia pulang ke rumah.” jelas Fahmi. “ betulkah apa yang awak cakap ni? Awak tak tipu saya kan?” Tanya Intan masih mahukan penjelasan dan seakan tidak percaya. Hal ini menguatkan lagi tekaannya bahawa orang yang dicari selama ini masih hidup. “ eh awak ni, tak kan saya nak berbohong pulak benda macam ni? Betul lah. Kalau tak percaya nanti saya bawa awak jumpa dia dan kita sama-sama tengok kad pengenalan dia.” Kata Fahmi ingin membuktikan kata-katanya. “Baik saya setuju dengan cadangan awak” kata Intan dengan bersungguh-sungguh. “ saya pelik la awak ni, kenapa awak beria-ria sangat nak tahu pasal pemandu saya tu? Tak kan awak suka kat dia kut? Haih! Melepaslah saya.” Ujar Fahmi sambil melepaskan keluhan yang agak berat. “ apa awak merepek ni Fahmi? Ha, jangan lupa temujanji kita, kalau boleh cepat sikit tau.” Intan seakan memberi arahan kepada Fahmi. “ baiklah bos!.” Hanya itu yang mampu diujarkan oleh Fahmi.
            Seperti yang telah dijanjikan, Intan, Fahmi dan pak Mat telah berjumpa di Restoran Selera Kampung yang merupakan restoran pilihan pak Mat sendiri. Katanya, masak lemak cili    api pucuk ubi kayu kat restoran ni sangat istimewa. Mendengar makanan kegemaran pak Mat, hati Intan terus berdenyut kencang. “ cik Intan, cik nak makan apa? Lauk kat sini sedap-sedap tau.” Kata Pak Mat penuh bersemangat. “ apa-apa jelah pak cik, saya makan semua.” Kata Intan. “ “baguslah nak, kalau Pak cik ada anak, Pak Cik nak anak macam cik Intan, senang hidup Pak Cik, makan pun tak memilih.” Ada riak-riak kesedihan pada air muka orang tua itu. “ eh berborak pula kita ni, marilah kita makanan, makanan dah sampai ni.” Ujar Fahmi menyelamatkan keadaan. “Oh ya, sebelum saya terlupa boleh saya tengok kad pengenalan pak Mat.” Beritahu Fahmi. “Boleh apa salahnya, nah ambik ni.” Pak Mat berkata sambil menghulurkan kad pengenalannya. “ terima kasih Pak Mat”. Kata Fahmi. “ Nah! Ambik ni, awak nak tengok sangat kan. Tengoklah!”
MAMAT BIN ABDULLAH,
No 13 KG MAKAM,
86800 MERSING,
JOHOR. 
            “Ya Allah! Syukur Alhamdulilah.” tanpa membuang masa Intan terus memeluk Pak Mat. Tanpa disedari air matanya berlinangan, dah semakin lama, semakin kuat seakan-akan meraung, semua orang yang terdapat di Restoran tersebut terkejut dan memandang aksi yang berlaku di sebuah meja yang terletak di sudut paling hujung tersebut termasuk Fahmi. “Apa awak buat ni Intan? Awak tak malu ke orang tengok? Apa kena dengan awak ni? Buang tabiat ke?” Tanya Fahmi dengan penuh rasa hairan. “Fahmi, saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, ayah saya.” Kata Intan dengan penuh sebak. “Apa?  Pak Mat ayah kamu?” soal Fahmi masih tidak percaya. “ betul Fahmi, ni ayah saya yang saya cari hampir berbelas tahun.” Ujar Intan dalam nada sebak. “ maafkan papa saya Intan, ni semua salah papa saya, papa tak nak berusaha mencari kampung asal Pak Mat. Kami terlalu menyayangi Pak Mat, kami takut pak Mat berpisah dengan kami. Maafkan kami Intan.” Ujar Fahmi dengan penuh rasa kesal. “ tak mengapa Fahmi, saya patutnya ucap terima kasih pada keluarga awak kerana selama ini telah menjaga ayah saya dengan baik. Terima kasih Fahmi!” ada senyumam penuh makna di sebalik kata-kata Intan. Pak Mat tidak mampu berkata apa-apa, sesungguhnya dia masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. Intan hanya membiarkan bapanya dalam keadaan tertanya-tanya, janji hatinya puas, segala sangkaannya selama ini benar belaka. Kini dia mampu tersenyum puas….
HAK CIPTA : SALINA JUHARI

MENDUNG BERARAK

                                                            
Kehidupan Azam tidak seindah remaja-remaja seusianya, tiap kali remaja lain senang-lenang melepak besama rakan-rakan ada tugas yang menantinya. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia tidak keluar melepak bersama-sama rakan-rakannya, sebaliknya dia terus pulang ke rumah untuk membantu ibunya. Pada waktu petang Azam akan menolong ibunya menebang buluh untuk dijual kepada peraih. Buluh-buluh dijual dengan harga 50 sen sebatang dan buluh-buluh tersebut merupakan buluh untuk membuat lemang. Di suatu petang, “ibu, kalau ibu penat ibu berehat sajalah, biar Azam yang angkut semua buluh ni ke atas jalan sana bu”, kata Azam pada ibunya. “tidaklah nak, ibu tidak penat,” kata Mak Minah pada anak tunggalnya itu. Terpandangkan Azam membuatkan dia teringat akan memori bersama arwah suaminya dahulu. Azam sangat mirip dengan bapanyanya, mukanya, gayanya, cara bercakap semua mengikut arwah suaminya, pepatah melayu ada menyebut ke mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Sebab itulah anaknya seorang anak yang rajin macam arwah dulu juga. “ abang, anak abang sama macam abang,” kata Mak Minah dalam hatinya sambil mengimbau kembali peristiwa 12 tahun dahulu ketika Azam masih kecil.
            Setelah tersedar dari lamunannya, Mak Minah segera memanggil Azam kerana hari sudah lewat petang. Mereka pulang pada petang itu dengan membawa hasil sebanyak 25 batang buluh lemang yang telah siap dipotong. Pagi esok ibunya akan menghantar buluh tersebut ke Kedai Pak Seman untuk dijual kepada peraih. Begitulah pekerjaan yang dilakukan oleh Azam dan ibunya pada waktu petang. Jikalau tiada permintaan buluh lemang daripada peraih Azam hanya duduk menemani ibunya di rumah sambil membuat persiapan untuk membuat nasi lemak pada setiap awal pagi iaitu pada pukul empat pagi sebelum ayam berkokok. Pada petangnya, Azam akan membantu ibunya untuk mencari daun pisang, daun pisang tidak payah di beli kerana mereka menanam pokok pisang di sekeliling rumah. Azam melakukan semua perkara tersebut tanpa dipaksa.
            Pada sebelah malamnya pula, dia akan menelaah pelajaran hingga lewat malam. Azam  mahu Berjaya dan membantu kehidupan ibunya. Pada  suatu malam ibu Azam bertanya padanya. “ Azam, kalau dapat masuk universiti azam nak jadi apa?” Tanya ibunya. “Azam nak jadi guru ibu, Azam nak didik orang yang susah macam Azam ni supaya semuanya berjaya. Nanti tak adalah orang susah kat dunia ni bu,” ujar Azam dengan nada yang bersungguh-sungguh. Azam memang bercita-cita untuk menjadi guru, dia ingin menjadi guru yang prihatin seperti Cikgu Halimah.
            “Azam awal kamu ke sekolah hari ni,?” sapa Alia. Betul Alia kebetulan mak saya habis bungkus nasi lemak awal hari ni. Itu yang menyebabkan saya cepat sampai ke sekolah. Kamu dah sarapan ke Alia? kalau belum marilah kita sarapan bersama-sama. Saya ada bawak nasi lebih ni. Eh malu pula saya ni, tapi saya nak jugak, sebab saya tahu nasi lemak mak awak sedap. Kalau hari cuti, ibu selalu beli nasi lemak mak awak tau,” ujar Alia sambil terus menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Suapan yang pertama membuatkan Alia terus diam tanpa bercakap kerana sedang menikmati nasi lemak yang sedap itu. Selesai saja makan, loceng terus menjalankan kewajipannya setiap jam 7.30 pagi. “Azam, loceng dan berbunyi, terima kasih sebab ajak saya makan nasi lemak istimewa mak awak ni, sedap sangat tau,” ujar Alia sambil berkemas-kemas untuk ke kelas. “sama-sama Alia, kalau mak saya dengar awak puji dia macam ni, mesti mak saya suka,” Azam dan Alia berjalan beriringan masuk ke kelas mereka. Sampai sahaja di kelas, Mei Ling dan Ravi sedang menunggu dengan muka yang masam mencuka. “ke mana kamu berdua ni? Kenapa masuk kelas lambat? tanya Ravi seakan tidak berpuas hati kerana sejak sampai ke kelas tadi dia dan Mei Ling tercari-cari mereka berdua. “maaflah Ravi, tadi saya dan Azam sarapan dulu di kantin sebelum masuk ke kelas, lagipun kami datang awal tadi,” terang Alia dengan bersungguh-sungguh. “Oh, begitu, tidak mengapalah, marilah kita bersedia sebelum cikgu Halimah masuk ke kelas ini,” ujar Mei Ling.

            Beberapa minit kemudian, cikgu Halimah masuk dengan agak tergesa-gesa. “Assalamualaikum semua,” Selepas memberikan salam semua pelajar membaca doa penerang hati bersama-sama. Itulah amalan yang dilakukan oleh mereka setiap hari. Cikgu Halimah memulakan kelas seperti biasa. “ maaf ya, cikgu terlambat sikit masuk ke kelas. Sebenarnya tadi ada taklimat sikit untuk hari sukan hujung bulan nanti. Macam mana ada atau tidak wakil dari kelas kamu masuk bertanding pada hari sukan tersebut?” tanya cikgu Halimah. “ mestilah ada cikgu, Azam kan jaguh sukan sekolah kita, dialah wakil kelas kita, selain Azam ramai lagi pelajar lain yang berbakat antaranya ialah Ravi, Alia, Salina dan Hamidah cikgu. Tu semua atlet sekolah cikgu”. Jelas Fahmi yang bertindak sebagai ketua kelas. “ kalau macam tu baguslah, saya harap kamu semua buat persiapan untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Tiba-tiba ada suara mencelah, “ maafkan saya cikgu, tahun ni saya tak dapat masuk bertanding,” sampuk Azam. “kenapa Azam? Kamu ada masalah ke?”  cikgu Halimah agak terkejut dengan jawapan Azam. Pertanyaan cikgu Halimah tidak dijawab, sebaliknya Azam hanya membatukan diri. “tidak mengapalah Azam, cikgu bagi masa untuk kamu berfikir terlebih dahulu. Mana tahu kamu berubah fikiran nanti, lagipun kamu ada masa seminggu lagi untuk memberikan nama kepada saya, selepas kamu berikan nama, latihan akan bermula pada setiap petang. Cikgu rasa setakat itu sahaja penerangan untuk hari sukan tersebut. Kalau ada apa-apa kemuskilan kamu semua boleh terus bertanya kepada saya. Baiklah kelas, mari kita mulakan pelajaran kita pada hari ini,” cikgu Halimah memulakan kelas seperti biasa selepas memberi penerangan kepada pelajar mengenai Hari Sukan Sekolah.
            Hari Sukan Sekolah akan berlansung pada minggu depan, Azam tetap dengan keputusannya tidak mahu ikut serta dalam pertandingan tersebut. Tanpa pengetahuan Azam, Mei Ling, Ravi dan Alia telah ke rumahnya untuk menceritakan tentang hari sukan kepada Ibu Azam dan sekaligus meminta kebenaran untuk Azam menyertai pertandingan pada hari sukan sekolah. Sangka mereka ibu Azam yang menjadi penghalang untuk Azam bergiat aktif dalam sukan. Pada petang itu, kebetulan Azam tidak ada di rumah. Azam telah keluar untuk mencari buluh seperti biasa. Mak Minah tidak dapat ikut serta kerana kesihatannya tidak mengizinkan. “Assalamualaikum, mak cik, kami kawan Azam datang nak jumpa mak cik,” setelah salam diberi sebanyak tiga kali barulah Mak Cik Minah muncul dari dalam. “ oh kawan-kawan Azam, maaf ya Azam tak ada di rumah. Kamu semua naiklah dulu. Kejap lagi baliklah si Azam tu,” ujar Mak Minah. “eh tak mengapalah Mak Cik, kami datang ni nak berjumpa Mak Cik,” Kata Ravi. “Ada apa kamu semua nak berjumpa dengan Mak Cik ni?” kata Mak Minah penuh tanda tanya. “hurm begini Mak Cik, Mak Cik tahu kan Azam tu olahragawan sekolah, minggu depan adalah Hari Sukan Sekolah. Tapi Azam tidak masuk bertanding kali ini. Kenapa Mak Cik tak benarkan Azam ikut bertanding? Dia merupakan harapan kami untuk meraih emas Mak Cik,” Alia menjelaskan tujuan mereka datang situ. “oh pasal itu rupanya kamu semua datang ke mari, sebenarnya bukan mak cik tak benarkan tapi Azam yang menolak, katanya kalau dia masuk pertandingan tiap-tiap petang dia kena turun berlatih, sebab tu dia menolak. Pada setiap petang Azam bekerja dengan mak cik untuk menyara hidup kami dua beranak ni,” kata Mak Minah. “eh betul ke Mak cik? Maafkan kami, kami tak tahu pun selama ni tiap-tiap petang Azam bekerja,” kata Mei Ling agak kesal kerana selama ini mereka tidak prihatin terhadap masalah yang menimpa rakan mereka. “eh tu pun Azam dah balik,” kelihatan Azam memikul buluh-buluh yang telah dipotong sama rata. “Ravi, Mei Ling, Alia, apa kamu semua buat kat sini, maaflah saya tak ada di rumah tadi, kamu semua dah lama ke sampai?” tanya Azam bertalu-talu. “ tak mengapalah Azam, kami datang sekejap saja, kamu tak ada jadi kami berbual aja dengan Mak Cik ni,Azam kenapa kamu tidak beritahu bahawa kamu bekerja pada waktu petang? Kalau kamu beritahu boleh kami tolong kamu dan kemudian kita boleh berlatih bersama-sama,”ujar Ravi penuh simpati. “eh tak kan la saya nak menyusahkan kamu semua,”kata Azam. “apa salahnya Azam, kita kan dah kawan lama, tolong menolong tu amalan mulia tahu tak?” Alia pula menyampuk. “baiklah mulai esok kami semua akan menolong kamu mencari buluh, kalau buat kerja ramai-ramai mesti cepat. Lepas tu boleh la kita berlatih untuk hari sukan sama-sama ya,” kata Mei Ling. “betul ke kamu semua nak tolong saya? Terima kasih kawan-kawan, budi kamu semua tidak dapat kami balas,” tanpa mereka sedari ada air mata yang mengalir melihat persahabatan mereka yang tulus, Mak Minah bersyukur kerana anaknya tidak salah memilih kawan.
            Minggu hari sukan sekolah telah berlalu, seperti yang dijangkakan Azam dan kawan-kawannya dapat meraih banyak pingat emas kerana usaha yang telah dilakukan dan semangat kerjasama antara mereka sangat kental. Azam buat kali kedua telah dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Pada pagi yang hening itu, Azam bersemangat bangun untuk ke sekolah, air perigi yang dingin sudah sebati dalam hidupnya, sesekali badannya mengigil dek kerana aliran air yang dingin mengalir ke seluruh pelusuk tubuh. Giginya turut berlaga antara satu sama lain. Keadaan rumah Azam yang agak jauh daripada umah orang lain menyebabkan mereka sukar mendapatkan sambungan air paip bersih, bermacam-macam cara yang telah dilakukan oleh Azam dan ibunya, namun orang kampung tidak menghiraukan mereka. Hal ini berpunca daripada bapa Azam yang merupakan sampah masyarakat di kampung. Bapanya telah membuat onar kerana dirinya dikuasai dengan najis syaitan. Kerana terdesak tiada duit, barang-barang orang kampung dicurinya. Peristiwa itu berlaku tujuh tahun dahulu. Namun, semuanya segar dalam ingatan kerana kematian bapanya bukan dengan cara baik. Bapanya mati di belasah oleh orang kampung kerana percubaan mencuri barang kemas milik ketua kampung. Pada masa itu, ibunya hanya mampu meraung dan berserah, sejahat manapun lelaki itu dia tetap suaminya. Kesedihan dan kesempitan hidup pada masa itu ditambah lagi dengan satu mala petaka yang besar.
            Jenazah arwah suami Mak Minah tidak mahu diuruskan oleh orang kampung, hanya beberapa imam dan kiai kampung yang sanggup menguruskan, tetapi masih tidak cukup. Orang kampung seperti melepaskan pucuk masing-masing sahaja. Terpaksa Mak Minah memanggil beberapa orang dari kampung sebelah yang dahulu kebetulan pernah mengenali arwah suaminya dan berkawan baik. Setelah jenazah selesai diuruskan tinggallah Mak Minah dan anaknya Azam. Mak Minah jarang keluar rumah kerana tidak tahan dengan ejekan dan hinaan orang kampung. Nasib baik ada Azam, kepada Azamlah dia bergantung harap. Nasi lemak dan kuih muih yang dibuatnya pun dijual oleh Azam. Buluh-buluh yang dicari mereka pun dijual kepada peraih luar. Orang luar lebih menghargai Mak Minah. Kadang-kadang ada juga yang menempah tikar mengkuang daripada Mak Minah. Maklumlah pada zaman sekarang jarang nak jumpa tikar mengkuang lagi, Mak Minah pun buat bila ada tempahan je.
            Detik-detik mendebarkan telah pun tiba, minggu ni peperiksaan SPM akan berlangsung, Azam sudah bersedia awal-awal lagi, namun dia kurang yakin dengan dirinya kerana harapan ibunya sangat besar. Dia tidak mahu ibunya kecewa lagi, tetapi semangat daripada kawan-kawannya datang bertali arus menyebabkan Azam terus tersedar daripada mimpi. Minggu-minggu peperiksaan dilalui dengan hati yang tenang. “Azam, macam mana? Ok tak kamu rasa?” tanya Alia. “alhamdulilah semuanya berjalan lancar, terima kasih semua kerana banyak menolong saya sepanjang kita kenal, tak tahu lah macam mana saya nak balas budi kamu semua. “eh apa perancangan kamu semua sementara menunggu peperiksaan ni? tanya Ravi. “saya semestinya nak kerja tolong ibu saya Ravi, kamu pun faham kan keadaan kami macam mana. “Saya ada satu cadangan, apa kata kita berniaga sementara tunggu keputusan SPM,” Ravi memberikan cadangan. “ saya setuju, tapi mana kita nak dapatkan modal,” soal Azam yang sudah pasti mempunyai masalah kewangan. Soal modal kamu semua tak payah risau, saya akan pinjam daripada papa saya, saya yakin pasti papa saya akan menolong kita, dia suka kita lakukan kerja berfaedah daripada kita duduk melepak sahaja,” kata Mei Ling penuh bersemangat. “ kalau macam tu kita kena bincang kita nak berniaga apa?” Alia segera menyampuk. “Kalau nak berniaga saya rasa baik kita niaga burger, kat taman perumahan Alia saya tidak nampak orang jual burger. Di situ ramai orang dan ada taman permainan, siang dan malam orang sentiasa penuh, macam mana ok tak?” Tanya Ravi. “bagus jugak cadangan Ravi tu, selain burger kita boleh jual bermacam-macam air dan makanan ringan,” nanti saya akan minta ayah saya daftar perniagaan kita dan minta tapak untuk kita berniaga. Bagus cadangan ni, ha lagi satu, pagi-pagi kita boleh minta ibu Azam masakkan nasi lemak untuk kita jual. Dengan cara ni boleh tambahkan pendapatan keluarga Azam, macam mana azam? Kamu setuju tak?” ulas Alia dengan  panjang lebar. “saya setuju, balik nanti saya akan beritahu ibu saya, saya pasti dia gembira dengan berita ini, baiklah semua marilah kita pulang waktu asar dah masuk ni, saya nak ke surau dahulu, kamu semua pulanglah dulu ye..
            Azam terus ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat asar. Selesai solat dia terus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi ketenangan semasa menjawab peperiksaan. Dia juga berdoa semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan sekaligus dapat merubah nasib keluarganya. Selesai solat asar Azam bergegas pulang untuk menolong ibunya mengangkat tikar mengkuang yang telah dijemur sebelum dia ke sekolah. Langit sudah kehitaman menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Selesai sahaja mengangkat tikar mengkuang tersebut hujan terus membasahi bumi. Dalam hati Azam mengucapkan kesyukuran di atas nikmat Allah.
            “Ibu, Azam ada perkara nak beritahu ibu,” Azam mendekati ibunya yang sedang melipat kain. “ada apa Azam, beria benar nampaknya kamu ni,” tanya ibu Azam dengan senyuman yang tidak penah lekang di bibir. “hurm, begini ibu, kawan-kawan Azam ajak Azam berniaga cuti ni, sementara tunggu keputusan SPM. Mereka suruh Azam jual nasi lemak sekali, macam mana ibu setuju tak?” “eh baguslah tu Azam, ibu boleh buat nasi lemak banyak sikit, kalau nak bukak gerai senang la kita nak jual, untung pun dapat la kat kita, kalau hantar kedai tuan kedai akan ambik untung daripada hasil jualan kita. Ibu  setuju, bila kamu nak mulakan jualan tu Azam?” mak Minah sangat bersemangat mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya itu. Kalau semuanya dah selesai dan bersedia minggu depanlah ibu
Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar, sudah hampir sebulan mereka mengusahakan gerai secara kecil-kecilan. Gerai tersebut dibuka seawal jam tujuh pagi hingga 10 malam. Mereka menjaga gerai tersebut secara bergilir-gilir, Azam dan Alia ditugaskan dari jam tujuh pagi sampai empat petang manakala Ravi dan Mei Ling pula bermula jam 4 petang hinggan 10 malam. Begitulah rutin harian mereka setiap hari. Dalam sehari jualan mereka boleh menjangkau hingga ke angka 300. Namun, kadang-kadang mereka hanya mendapat rm100. Walau macam mana sekalipun mereka tidak pernah berputus asa. Nasi Lemak Mak Minah pula semakin digemari ramai, boleh dikatakan satu taman perumahan sudah terkenal dan tahu aroma keenakan nasi lemak daun pisang Mak Minah. Kadang-kadang ada yang kecewa kerana tidak dapat menjamahnya kerana telah habis. Setiap hari Mak Minah hanya membuat 100 bungkus nasi lemak yang dijual dengan harga rm 1. Ada juga yang pelanggan tetap yang telah menempah awal-awal lagi kerana takut kehabisan nasi lemak tersebut. Kata seorang pelanggan, nasi lemak Mak Minah asli, terasa lemaknya, sambalnya pula pedas dan rasa manis-manis sedikit. Betul-betul memikat selera ramai. Walaupun hanya berlaukkan ikan bilis dan telur sudah cukup mengenyangkan. Ada yang cakap makan nasi lemak ni tak cukup satu, mesti nak makan dua bungkus. Begitulah kisah nasi lemak Mak Minah. Selain Nasi lemak, burger citarasa semua yang direka khas empat orang sahabat ini turut menjadi kegilaan ramai, apa tidaknya, burger ni menggunakan konsep cuba buat sendiri kalau mahu. Maknanya sesiapa yang ingin mencuba untuk buat burger sendiri dialu-alukan. Macam konsep layan diri, harga tetap sama. Ramai budak-budak muda yang sukakan konsep ini, ada yang tak nak sayur, nak sos lebih, tak nak mayonis dan macam-macam lagi. Dengan cara ini mereka akan berpuas hati dengan burger yang dihasilkan. Gerai yang berkonsep mesra alam ini juga turut menyediakan air percuma tiap-tiap hari. Air jenis lain dijual dengan harga RM1. Remaja, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang dahaga setelah penat beriadah bolehlah minum air percuma tersebut.
Di suatu petang, “nampaknya perniagaan kita semakin maju sekarang, untung pun boleh tahan,” kata Ravi. “betul tu Ravi, saya seronok dengan apa yang kita lakukan sekarang, semua modal kita yang dipinjam dari papa Mei Ling sudah habis dibayar, sekarang kita dah Nampak hasilnya, gaji kita RM20 ringgit sehari pun agak lumayan jika nak dibandingkan daripada kita duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Sekarang duit kita ada rm1000. Kita mesti simpan duit tu dengan selamat. Apa cadangan kamu Azam?” Tanya Alia. “ saya cadangkan kita buka akaun bersama, dengan cara ini duit kita selamat. Semua orang ada nama dalam akaun tersebut, macam mana setuju?” cadang Azam. “setuju!!” jawab keempat-empatnya serentak.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari ini peperiksaan SPM akan diumumkan, Azam dan rakan-rakannya sudah tidak sabar lagi untuk mengambil keputusan di sekolah. Gerai mereka tutup pada hari tersebut. Mereka tiba ke sekolah tepat jam 12 tengahari, semua pelajar seakan tidak sabar untuk mendapatkan keputusan SPM. Begitu juga mereka, setelah tiba giliran mereka, mereka mengambil dahulu slip keputusan tersebut dan tidak membukanya lagi. Apabila semua sudah berkumpul dan keputusan sudah berada di tangan mereka membukanya bersama-sama. Yea!!! Jerit mereka sama, aku dapat 8A, kata Azam, aku juga dapat 8A dikuti Ravi dan Alia. “kamu Mei Ling dapat berapa?”Tanya mereka serentak. “Aku dapat 10A,” kata Mei Ling dengan senyuman lebar. “wah!tahniah Mei Ling, nampaknya kamulah yang paling cemerlang antara kita berempat” Mei Ling menerima ucapan tahniah daripada kawan-kawannya. “kamu semua pun apa kurangnya, semua dapat keputusan cemerlang. Marilah kita pulang sampaikan berita gembira ni kepada keluarga kita dahulu,”ujar Mei Ling. “baiklah!!.’jawab mereka serentak.
“assalamualaikum. Ibu,ibu. Azam dah balik ni ibu” Azam bergegas ke dapur kerana yakin ibunya pasti berada di dapur. “waalaikumusalam, Azam, kenapa ni Azam?” “alah ibu ni buat-buat lupa pulak, mestilah Azam nak beritahu keputusan yang Azam baru dapat ni,”” ibu saja je nak tengok kamu, ha macam mana?” “macam mana apa ibu? Mestilah cemerlang. Azam dapat 8A ibu, kawan-kawan lain pun dapat cemerlang. Tahniah anak ibu. Akhirnya berjaya juga ibu, ibu bangga dengan kamu,”mak Minah memeluk Azam sambil menitiskan air mata. “kalau ada ayah kamu mesti dia turut bangga dengan pencapaian kamu,” “ mak jangan dikenang orang yang dah tak ada. Kejayaan ni semua untuk mak… terima kasih mak kerana membesarkan Azam sampai azam berjaya.
Setahun berlalu, kini Mei Ling melanjutkan pelajaran ke New Zeland, Ravi dan Alia ke matrikulasi dan Azam ingin mengejar cita-citanya menjadi seorang guru dan beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab perguruan. Keempat-empatnya telah berjaya mencapai cita-cita masing-masing sementara mak Minah mengusahakan gerai yang ditinggalkan oleh mereka. Gerai tersebut semakin maju dan akan dinaiktaraf menjadi restoran tidak lama lagi. Mak Minah bersyukur dengan apa yang diperolehinya dan berdoa ke hadrat ilahi semoga kebahagian miliknya dan Azam buat selamanya.
Hak cipta : Salina Juhari.
                        

Jumaat, 22 Julai 2011

Saat pemergian sahabat tersayang - dikarang oleh Mok de...

Pemergian Puteri Nor Aiza
by Ani Rohani on Saturday, April 23, 2011 at 6:28am
 Tanggal 19 April, 2011 Selasa jam 12.15 Tengahari   terima panggilan dari Lina, segera ke Hospital Nur zahirah Kuala Terengganu. 12.30 minta kebenaran keluar. Berbekalkan pesanan kawan2 "mandu molek2" memecut Tar 547  dengan perasaan tak keruan . Syukur Alhamdullilah, Tepat 1.14 Tengahari tiba di hospital.Dengan keadaan yang  agak kelam kabut berebut di pinti lift, akhirnya sampai juga di tingkat 8.
Hati yang berdebar kencang, beransur reda melihat senyumanya, Alhamdullilah... Dia tidak seperti yang saya fikirkan. Ketibaan  di sambut dengan senyumanya. Ya Allah, manisnya dia di pandangan mata saya.... memegang tangannya, membelai, mencium, memangku..... terasa tenang... .nampak sangat kemanjanya. Meminta di suap nasi. hanya 4 sudu berjaya di habiskan, tak ada selera katanya.
Masa , melawat tengahari tamat.  Hati terasa sangat berat untuk keluar. matanya sentiasa merenung tepat ke wajah, terasa sangat sayu dan hiba.... Ya Allah, kenapa seakan ada perasaan .... melihat renunganya.  Nekad, bersamanya hingga waktu melawat petang berakhir.
Masa berlalu. tepat 5.15 petang, Jururawat datang, suruh bersedia ke tingkat tujuh, terdengar suaranya lirih merayu, "Mak, Tak Mbuh turun, Kak rasa nak tidur sangat", Saya minta kepastian jururawat, katanya, Boss ( doktor )sedang tunggu di tingkat 7.  "Bawak nasi bubur tu, nanti nak makan kt tingkat 7 " pesanya .Saya, Lina, Emi  dan Ita mengiringinye ke tingkat 7 bersama nasi bubur yang di pesan.
Sampai di tingkat tujuh, dia sempat memberitahu, teringin nak minum air milo, " Buat MMMManis gitu" katanya. Ita naik semula ketingkat 8  menyediakan air milo.Mesin Hydmolisis di hidupkan. 3 minit berlalu, " Kak, Kak.... MAk....., YA Allah" itu yang keluar dari mulutnya. Pantas Jururawat mematikan mesin .Kami yang berada di sebelahnya, terkedu.... matanya terpejam rapat, Ya Allah, apa yang berlaku, 4 orang doktor berlari mendapatkanya....
Berbagai cara dan usaha di lakukan. Kami berempat terpingga2, bermimpikah kami....Selepas doktor berhempas pulas dengan pelbagai cara,  nampak seperti ada tarikan nafas semula... walaupun tidak sekencang biasa
15 minit berlalu, Doktor mendekati saya dan Lina, " Kak, kak kena sabar, sabar banyak2. Anak kak KOMA, tadi jantungnya berhenti berdenyut kira-kira 10 minit. kita tak tahu puncanya, sekarang  kita tawakal" . 
" Kak, bersedialah menghadapi apa saja kemungkinan, Walaupun sukar, tapi saya kena beritahu, Anak kak dalam kaedaan kritikal"
Ya  Allah, apa yang terjadi, Lina lembik di lantai Wad, Emi tersandar , Ita menangis pilu, Tok Minah yang tiba  tersedu-sedu, . ya Allah sungguh besar ujian mu, mampukah kami melaluinya... Pak Din Menangis pilu, terduduk  dilantai.. di papah...
Cikgu Assan sampai, tak terkata, menenagkan pak din...
 Mencium, membelai, merangkul, memanggil2 namanya , tapi dia tetap sepi... baru tadi berkata2, meminta nasi bubur, meminta air milo, tapi tak sempat di jamah, Ya Allah, apa yang harus kami lakukan....
Penghuni wad yang lain datang silih berganti memberi semangat, doktor menepuk2 bahu memberi kekuatan, Jururawat meminta kami membaca surah Yassin..
Kata sepakat dicapai. Dia akan di masukan ke wad ICU di tngkat 3. Tangal 7.30 petang, Bersama jururawat yang menolak katilnya  kami turun semula ke tingkat 3, Doktor menahan kami di pintu ICU, katanya, untuk 2 jam , Doktor akan memasang berbagai Wayer di tubuhnya, kami tidak di benarkan melihat, kut-kut tidak sampai hati.....
Kami berkhemah di luar pintu ICU,selepas solat maghrib, baru kami teringat telefon  famili yang lain, ...Surah Yassin di baca silih berganti, masing2 memberi semangat, Ya AAlah selamatkanlah anakku, terdengar Lina merintih pilu, Air mata tak pernah kering...Perasaan yang tak terucap, tak mampu untuk di tafsir dan di terjemah.... Ya AAlah, Tuhan yang Maha KAya....
Tepat 9.45 malam , Doktor meminta  saya dan Lina masuk, melihatnya, hati jadi hiba, berbagai wayer di pasang, ...."  Puan, Kuatkan semangat, selalu berada di sampingnya, bercakap dengannya, bacakan surah Yassin sentiasa, agar dia tahu , dia tak keseorangan, Mungkin dari zahirnya kita nampak dia koma, Tapi, kita tak tahu, mungkin dia mendengar apa yang kita ucapkan. Bersedia menghadapi apa jua kemungkinan "  pesan doktor....
Kami jadi lirih, pasrah dengan takdir, namun hati merintih hiba, Berada di sisinya, membisikkan Kalimah Allah, membelai nya, membaca surah Yassin, Alhamdillilah , Kami sentiasa bergilir2 berada disisinya...
Famili yang lain juga ramai yang datang, Che Da, Mak Ndah, Wan, Kak La,  Emi, Kak Ngah, Tok Man, Fizu , Hisyammuddin, Izi, Ba, abg Lah, Pak Jin, Sannah, Muni  silih berganti di bilik Icu... tak ingin meninggalkanya kesaorangan......
Azan subuh berkumandang, Selepas Solat Subuh, Mata terasa sangat2 mengantuk, Saya, Lina, Wan tertidur, Tinggal Emi bersamanya.... Tiba-tiba Doktor memanggil, . Kami terpingga2...Emi keluar, ... Doktor memberitahu, keadaanya semakin lemah, dia hanya bergantung kepada bantuan mesin, bersedia menghadapi apa saja,
"Tolonglah Doktor, Tolong selamatkan anak saya, Tolonglah doktor... Lakukan apa saje"  Lirih suara Lina merintih, Cuba menenangkan dia walau hati sendiri, terasa luruh.....pak Din Kaku di dinding ...... hampi rebah,,, Di papah keluar.
Kaunseling  dan kata semangat oleh doktor, serba sedikit, menenangkan  hati....
Pukul 10.00 pagi 20 April 2011, Doktor memberitahu, " Keadaan anak puan sekarang Sangat2 Kritikal, Saya minta maaf, Setakat ini usaha kami membantu dia, Berbagai usaha di cuba, tapi Kuasa Allah Taala melebehi segala-galanya...Bersabarlah puan, terimalah Qada ' dan Qadar Allah, Bisikan ke telinganya , Redhalah.... " dengan mata berkaca doktor memberi ruang.....
Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku Redha, Sekiraya telah sampai waktunya....Habis perkataan itu keluar, mata terpaku di mesin dengan bacaan 4, 3... dan terus 0.....
"Ya Allah,  sudah sampai waktunya puteri ku, Pergilah sayang, pergilah dengan tenag... Dia  telah meminjamkan puteri untuk mak selama 22 tahun, ....... Tunggulah Mak di sana, kita akan kembali bersama..... Itu Janjinya..."
Bersama denganya dalam Van Jenazah terasa sangat sendu.........Perjalanan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah ke Kampung di Kuala Berang terasa dekat, Rasanya biarlah perjalanan itu lambat, agar dapat bersamanya lebih lama. merenung keranda, menyentuh, memeluk membuat hati jadi tenang, tiada lagi air mata .......yang ada biarlah saat-saat bersamanya menjadi lebih lama.....
Memandikan, mengkafankan, menjadi saat indah, di pakaikan pakaian nya... sungguh cantik... putih bersih, Saat menciumnya untuk kali akhir........Ya ALLah, Cantiknya dia,  seperti dia tersenyum.....
4.45 petang April 20,2011, Puteri Nur Aiza selamat di bawa ke tanah perkuburan...
Sehari selepas pemergian Puteri Nur Aiza, Nek Ndah memberitahu, burung merpati Aiza, keluar pada hari kematianya  dan terus tidak pulang2 meninggalkan telur di sangkarnya.... 2 ekor ikan kelah peliharaanya juga mati serentak. 7 ekor kucingya juga pergi bersama tuanya...
Allah maha berkuasa....Puteri  Nor Aiza di jemput Allah dalam usia 22 tahun... Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang Solleh..... Amin...(Puteri Nur Aiza merupakan anak sulung meninggalkan 2 orang adik lelaki )
21 April, si Bongsu, Naqiu mencari kak, katanya "marin umi kata kak tidur, tak dak pun, " setelah di terangkan , minta saya telefon Allah, "kabar ke  Allah, Dak payah mati lah ... sakit aje sudahlah... boleh tenggok , tak payah mati lagi lah... telefon lah tuhan umi... ke umi dak tahu no  tel tuhan... mintak lah nombor tuhan umi..."........
Terima kasih atas budi baik semua  Doktor dan jururawat di wad 8,  serta  doktor , Jururawat  Dan semua kakitangan di wad ICU, atas jasa baik budi tuan/ puan memberi perkhidmatan terbaik , melayan kerenah kami... Terima kasih atas kerjasama, terima kasih memberi semangat dan sokongan..... hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan anda... Terima kasih..



Ahad, 17 Julai 2011

Masam Manis Praktikum

Sedar tak sedar dah minggu ke- 9 aku menjalani praktikum di Manjung. Wah! pelbagai perasaan yang menghantui diri ni... sedih, gembira, semua bergabung menjadi satu... teringat masa bersama-sama pelajar.. walaupun mereka nakal dan biadap aku tak boleh nak memarahi mereka... rasa nak tergelak melihat teletah mereka... yang penting aku sampaikan pelajaran pada mereka dan berusaha menarik perhatian mereka setiap hari.. kenangan ini pasti tidak dapat dilupakan...

Anak-anak zaman sekarang,
tidak serupa zaman dulu,
kita masuk ikut depan,
die kuar pintu belakang,

anak-anak zaman sekarang,
kita mengajar di depan,
die kejar-mengejar di belakang,

anak-anak zaman sekarang,
kita menjerit sampai perit,
dia duduk kerusi terjongket,
tgk kita mata tak berkelip.

Anak-anak zaman sekarang,
bila ditanya kata faham,
bila buat latihan curi tulang,
hantar buku berlubang2.

Anak-anak zaman sekarang,
tak boleh disentuh dicubit,
silap hari bulan cikgu digigit...

*marilah kita sama-sama renungkan...

Khamis, 17 Mac 2011

♥♥♥Terima Kasih Semua♥♥♥

Alhamdulilah... Akhirnya setelah memerah keringat beberapa minggu akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Banyak pengalaman yang diperolehi semasa menulis blog ini. Sebelum ini saya memang pernah ada blog tapi tidaklah seaktif kali ini. Tugasan ini sedikit sebanyak mengasah minat saya dalam bidang penulisan blog. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang menyelia subjek ini iaitu Dr. Siti Saniah bt Abu Bakar yang telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk menulis blog. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang banyak membantu menjayakan misi menyiapkan blog ini. Terima Kasih Semua. Sayang kamu semua.....