Ahad, 24 Julai 2011

KE MANA AYAH

                                               
Hembusan angin petang membuai-buai, sejuknya membuatkan bulu roma sesekali berdiri tegak, ‘nyamannya!! Kalau la hari-hari aku dapat hirup udara yang segar begini, hurm… tapi sayang, tempat aku bukan di sini. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin berulang lagi…. Hati kecil intan berbisik.. memang betul, mersing merupakan tempat yang penuh nostalgia. Tempat Intan dibesarkan, sebagai anak nelayan yang hidupnya bergantung pada pasang surutnya air laut.
            “Intan! Apa kau buat ni ha? Dari tadi aku panggil kau buat tak tahu jer.Kau teringatkan Fahmi ye?“eh kau ni Suzi, buat aku terperanjat je.. ke situ pulak kau ek… tak kan la aku nak ingatkan budak gila tu… tak da orang lain ke ha kau nak sebut? Bosan tau tak aku dengar nama tu… naik jemu telinga aku ni.. huh!,” Intan menjeling tajam ke arah Suzi. Dia sangat tidak berpuas hati dengan usikan sahabat karibnya itu. Banyak kisah hidupnya yang masih dirahsiakan daripada Suzi. Baginya Suzi tidak seharusnya tahu tentang kisah hidupnya kerana dia tidak suka simpati daripada orang lain. Walau sekuat mana pun ombak yang membelah pantai, pantai tidak akan berubah. Itu prinsip hidupnya!
            “Ala kau ni Intan, tu pun kau nak ambik hati jugak ke? Tapi kalau betul pun apa salahnya. Secocok apa kau dengan Fahmi tu, ensem, kaya, sempurna apa? Apa lagi yang kau nak? Jangan suatu hari nanti kau menyesal dah la. Tapi kan, kalau kau betul-betul tak nak kau pas la kat aku eh… aku teringin gak nak berkawan dengan anak orang kaya.. boleh kan?” Pertanyaan Suzi sedikit pun tidak didengari oleh intan. Sebaliknya Intan kusut memikirkan tentang seseorang, seseorang yang telah lama menghilang. Tiada khabar berita.  Intan! Ko dengar tak apa yang aku cakap ni? Dari tadi lagi aku cakap sorang-sorang jer. “ hurm, aku dengar la!! Cukup-cukup la tu Suzi. Kau jangan nak berangan la.. kita ni tak setaraf dengan dia tu.. dah la, jom la kita balik umah.. aku dah lapar ni.. mesti mak dah tunggu kita” “yela-yela, Intan ni kalau bab makan mesti yang pertama kan??? “ eh mestilah, bukan senang nak rasa air tangan mak aku tau tak.. masak lemak ikan kering dengan pucuk ubi tu la yang jadi santapan aku hari-hari tau tak?? Campur pulak dengan sambal belacan.. aduhai… sedapnya…”
            Deruan enjin di tengah-tengah kota membingitkan corong pendengaran, bunyi hon bertalu-talu. Pemandu kenderaan berkaki empat seperti dikejar bayang-bayang sendiri. Berlumba-lumba ingin sampai dahulu ke destinasi yang ingin dituju. Sebaliknya Intan tetap tenang menghadapi situasi yang telah menjadi makanan sehariannya. Tapi hari itu agak berlainan seperti biasa. Selalunya Intan tidak akan terlewat ke tempat kerja. Gara-gara terlambat bangun dia terlewat ke tempat kerja. Ini semua berpunca daripada Suzi yang mengajaknya menonton video hingga larut malam. Katanya seram nak tengok sorang-sorang.. walaupun semuanya berpunca daripada Suzi, Intan tidak pernah pula menyalahkan sahabatnya itu.. itu semua bukan alasan untuk dia lambat ke tempat kerja..

            “Selamat pagi Intan, hai awal kamu datang hari ni.. jam kamu mati ke??” pengurus bahagian yang bernama Fahmi itu menyoal. Sejak kebelakangan ini Fahmi suka mencari kesalahan Intan. Intan tahu sebabnya, ekoran daripada Intan menolak cinta Fahmi, Fahmi menyimpan dendam kepadanya. Bukan dia sombong, Cuma Intan tidak bersedia lagi untuk memikirkan soal-soal yang dianggap terlalu rumit dan agak peribadi buat masa ini. Tumpuannya hanya pada kerja dan hasilnya dia dapat menampung kehidupan mak dan adik-adik di kampung. Sebagai anak sulong, besar tanggungjawabnya pada keluarga. Walaupun dia tahu kedudukannya dalam keluarga itu tidak seindah yang dilihat dengan mata kasar..
            Hai, sudahlah datang lambat, nak makan gaji buta pulak ye?? Soal Fahmi. Eh.. maafkan saya En. Fahmi saya.. saya… “sudahlah, jangan awak buang masa lagi. Tolong carikan dokumen yang saya minta semalam dan saya nak ada atas meja saya kejap lagi!” arahan keras daripada bosnya telah bermula. “ baiklah bos, kejap lagi saya akan hantar, ada apa-apa lagi bos?? Fahmi berlalu begitu sahaja tanpa menjawab persoalan intan. Begitulah seterusnya hari demi hari, begitu dingin layanan Fahmi terhadapnya, namun Intan tidak menyimpannya sebagai dendam malahan dia makin bertekad untuk memajukan dirinya.
            Alunan suara lagu kegemaran Intan memecah kesunyian malam, panggilan daripada mak segera dijawab, “ assalamualaikum.. Intan apa khabar??” mak memulakan bicaranya, suaranya menyirap ke hati, menambahkan kerinduan Intan pada gerangan yang bercakap. “ wa’alaikummusalam mak… Intan sihat, mak apa khabar?? Adik-adik?? “ mak sihat Intan.. macam mana dengan kerja Intan? Hurm.. setakat ni Alhamdulilah mak. Semuanya baik je.. Cuma… Cuma ape Intan?? Kongsilah dengan mak. Mana tahu mak boleh tolong… eh tak ada apa-apa la mak.. Intan menjawab sambil ketawa kecil bertujuan untuk menyedapkan hati Ibunya. Kalau tak ada apa-apa tak mengapalah.. sebenarnya mak ada tujuan menelefon kamu ni… tanah arwah ayah kamu di hujung kampung berhampiran pantai tu ada orang dah bertanya Intan.. mak tak ada hak ke atas Tanah tu.. Tanah tu atas nama kamu..” kenapa?? Mak nak jual ke tanah tu???” eh mak tak kata mak nak jual tanah tu Intan. Itu sajalah tanah yang arwah tinggalkan untuk kita. Kita mana ada lagi tanah lain kat kampung ni…” mak boleh tak mak jangan sebut perkataan arwah?? Ayah belum meninggal mak, dia ada lagi,, dia masih hidup… Intan yakin dia masih hidup mak… laju air mata Intan mengalir… sudah lama dia tidak menyebut tentang ayahnya… sesiapa pun tidak berani bertanya… hari ini hatinya terguris lagi… orang yang disayangi dari kecil hingga menapak remaja kini masih tidak kelihatan. Kalau tidak dialah orang yang paling bahagia melihat anak gadisnya meniti kedewasaan, cantik, secantik insan yang pernah dicintainya, dipujanya setiap masa sehingga sanggup meninggalkan keluarga.
            “Intan, Intan… Intan dengar tak mak panggil ni??? Intan maafkan mak, mak tak bermaksud nak melukakan kamu.. Mak sayangkan kamu Intan.. maafkan mak ya??? Tangisan Intan sudah reda mendengar suara emak… luluh hatinya mengenangkan pengorbanan wanita itu, membesarkannya tanpa sebarang keluhan, macam anak sendiri, walhal Intan hanya anak tiri yang dibela sejak dari kecil.. tetapi dia tidak pernah dibezakan dengan anak yang lain. “Mak…. Maafkan Intan ye mak.. sebab berkasar.. Intan tak sengaja… takpelah Intan, mak faham perasaan kamu. Okeylah Intan, dah lewat ni.. nanti senang-senang telefon la selalu, mak selalu rindukan Intan.. Intan anak mak sampai bila-bila tau.. Intan tau mak sayangkan Intan kan??? Baiklah mak… Intan pun sayangkan mak. Terima kasih mak.. perbualan kedua-duanya diakhiri dengan ucapan assalamualaikum.
            Berhari-hari hidup Intan tidak tenang, macam ada perkara yang akan berlaku.. semua pekerjaan yang dilakukannya tidak menjadi. “ apa kene dengan aku ni ha???... sebenarnya kejadian itu berpunca daripada peristiwa dia terserempak dengan pemandu En. Fahmi beberapa hari lalu. Rupa pemandu itu sangat mengganggu emosinya, tapi mustahil, tidak mungkin lelaki itu. “ tak boleh jadi ni, aku mesti buat sesuatu agar aku tak fikir bukan-bukan lagi.. baik aku telefon Suzi..
            “apa hal kau tiba-tiba ajak aku keluar ni Intan. Selalunya hobi kau hujung minggu ni duk terperap je kat umah kau tu. Ni tiba-tiba pulak kau ajak aku keluar. Tanya suzi penuh tanda Tanya. “kau ni suzi aku keluar pun salah aku duk umah pun salah. Dah macam mana?? Macam mana apa intan?? Macam ni la aku nak tengok kau. Bersosial macam orang lain jugak. Tak macam selalu duk umah aje.. apa yang kau dapat?? Huh! Penat aku fikir pasal kau ni… jom kita tengok wayang ?? ish tak nak la suzi, aku tak suka la tengok wayang tu, kalau aku nak tengok wayang kat umah tu pun aku boleh tengok tau tak? Ala kau ni Intan mana sama kat umah dengan pawagam. Jom la, lagipun bukan selalu pun. “ baiklah, tapi biar aku yang pilih cerita tau.. aku nak tengok cerita seram.. bukan cerita jiwang ok. Hurm.. oklah. Janji kau nak tengok wayang.
            Masa seharian dihabiskan bersama suzi yang sangat baik hati sudi melayan kerenah dan kehendak Intan. Intan puas! Sedikit sebanyak hatinya tenang dan peristiwa lama dapat dilupakan. Keesokan harinya Intan akan menjalani hari-hari yang amat mencabar mindanya. Bekerja sebagai pembantu peribadi kadang kala membuatkan Intan tidak ada masa untuk dirinya sendiri.
            Selamat pagi bos! Selamat pagi Intan, Hai bersemangat awak hari ni Intan. Baguslah, saya ada tugas baru untuk awak esok. Ada apa bos? Soal Intan agak curiga. Masuk bilik saya pukul 9.30 nanti ya, bawakkan kopi sekali kalau boleh. Baiklah bos. En Fahmi terus berlalu ke biliknya sementara Intan pula tanpa membuang masa terus ke bilik rehat untuk membancuh kopi.
Tuk.tuk.tuk. masuk, kata Fahmi dengan nada bersahaja. Ini kopinya Encik. Terima kasih Intan.. tanpa menghiraukan Intan yang berdiri di hadapannya Fahmi terus menghirup kopi panas dengan penuh kenikmatan. Terlupa sebentar hal yang ingin diperkatakan pada Intan. Oh ya Intan, lupa pula saya, tujuan saya panggil awak ni sebenarnya, hmmm… awak mesti ikut saya ke Langkawi pagi esok. Bawak keperluan awak secukupnya. Kita akan berada di sana selama tiga hari atas urusan kerja. Tapi bos,…. Eh tak da tapi-tapi lagi. Keputusan saya muktamad.. banyak kerja yang saya nak buat sepanjang berada di Langkawi dan saya nak awak membantu saya kerana awak seorang saja yang boleh memahami kehendak saya.. “kalau macam tu baiklah bos”..dalam keadaan terpaksa Intan terpaksa menerima. Lagipun atas urusan kerja. “ maaf bos, kalau tak keberatan boleh saya tahu pukul berapa kita nak bertolak esok? Hurm.. macam biasa, awak datang je waktu pejabat sebab saya ada urusan penting nak selesaikan di pejabat sebelum bertolak. Ok awak boleh keluar dulu. Terima kasih En Fahmi.” Tanpa membuang masa Intan terus berlalu ke tempat duduknya. Keesokan hari ada tugas berat menantinya. Semoga segalanya berjalan lancar.
            Selamat pagi En.Fahmi”. eh awal awak sampai Intan? Yer Encik, saya terpaksa naik teksi untuk ke sini tadi tu yang lambat sikit. La, kenapa awak tak beritahu saya semalam kalau tak saya boleh jemput awak pagi tadi. Eh tak mengapa Encik, saya dah biasa naik teksi, dulu sebelum dapat kereta antik saya tu, saya selalu menggunakan perkhidmatan teksi jugak. Jadi tidak salah rasanya saya menaiki teksi. Yelah, Intan, bercakap dengan kamu ni semua awak aje yang betul. Ha, dah sedia nak melancong?? Melancong? Melancong apa pulak ni Encik? Bukankah kita pergi atas urusan kerja? Awak ni, memang la atas urusan kerja, tapi bab kata orang, sambil menyelam minum air.. hehehe… hurm… ada saje Encik Fahmi ni. Oh ya Intan. Pukul 11 nanti kita akan bertolak, pemandu saya akan hantar kita ke KLIA. Ape? Pemandu Encik??? Ha yelah pemandu saya. Kenapa ada masalah ke Intan? Eh tiada ape la Encik. Baiklah Intan, kalau tiada apa-apa hal lagi saya nak teruskan kerja saya.
            Masa yang ditunggu telah tiba, pemandu Encik Fahmi telah tunggu di parkir. Eh, papa.. kenapa papa pulak yang hantar saya ni. Mana pak Mat papa? “ Pak Mat kamu tak sihat hari ni, papa suruh dia berehat di rumah. Lagipun papa tak da apa-apa aktiviti di rumah hari ni. Bosan juga asyik duduk memerap di rumah, sesekali merasa kesibukan kota dapat juga papa menguji tahap kesabaran papa ni.. eh bersembang pulak kita ni. Masuklah, ni ke gadis yang kau ceritakan tu Fahmi?? A’ah papa, nilah Intan, cantik kan pa setiausaha saya?”. “ boleh tahan, orangnya manis, patutlah anak papa ni angau semacam je..” Intan yang dari tadi mendengar perbualan dua beranak itu hanya diam membisu, sesekali hatinya curiga dengan perbualan mereka, “masakan Tan Sri mengenali dirinya, apakah yang telah Fahmi ceritakan pada papanya tentang diriku??? Persoalan yang bermain di hati Intan tidak menemui jawapannya.
            Perjalanan ke lapangan terbang KLIA dirasakan sangat lama, Intan tidak dapat duduk dengan tenang di dalam kereta mewah milik Tan Sri Malik. Tan Sri asyik mencuri pandang ke    arah Intan selepas pemanduan ke KLIA bertukar ganti. Fahmi telah mengambil alih pemanduan dan membiarkan papanya mengamati kesibukan kota yang dikatakan oleh papanya sebentar tadi. Sementara Intan semakin resah. Dirasakan macam sedang menghadiri temuduga pula apabila berdepan dengan Tan Sri. Macam-macam soalan yang ditanyanya, asal mana?, keluarga macam mana? Tapi tidak banyak yang diceritakannya, masih ada perkara yang dirahsiakan daripada pengetahuan Tan Sri. Baginya perkara tersebut terlalu peribadi dan dia tidak mahu peristiwa sedih terimbau kembali.
            Eh, Intan, kenapa kamu termenung ni? Tak nak turun ke? Ke awak tak mahu ikut saya ke Langkawi. Eh, kita dah sampai ke? Maaflah encik saya tak perasan tadi. Kemana kamu mengelamun ni Intan? Ingatkan teman lelaki ke?? Apa yang en. Mengarut ni? Saya mana ada teman lelaki? Tak ada ke? Kalau macam ni ada peluang la saya” ucap Fahmi dalam nada yang agak perlahan. “Encik Cakap apa? Saya tak dengar la.” Intan seakan tidak berpuas hati. Tak ada apa-apalah, saya cakap kita dah terlambat ni.. cepatlah, nanti tertinggal flight susah pulak kita. Fahmi cuba mencari helah yang baik untuk menipu Intan. “ ha, kalau macam tu cepatlah”, ujar Intan.
            Setelah sehari bersama Fahmi bermacam-macam pengalaman yang telah dilalui oleh Intan, tapi dia hairan, kenapa Fahmi melayannya dengan begitu baik sekali. Walaupun Intan berkasar dengannya, dia tetap melayan Intan seperti biasa. Kadang kala dia pelik dengan perangai Fahmi, “tidak ada perasaankah dia” rasa bersalah pula aku. Hurm.. sepatutnya aku mesti menghormati Fahmi sebagai bos aku, tapi aku tidak, sebaliknya aku selalu menengking-nengking Fahmi, macam Fahmi pula orang bawahan aku. Eh peduli apa aku, siapa suruh dia ajak aku ke sini, ini dah dikira di luar bidang aku. Selagi aku berada di sini, selagi itulah aku tak akan beri muka pada si Fahmi ni” ngomel Intan dalam hatinya. “Intan marilah kita ke sana, apa yang awak menungkan ni? Tak kan dah ingat KL kut, baru sehari kita kat sini.” Ujar Fahmi. “ eh mestilah saya ingatkan rumah saya, mana-mana saya pergi, tak sama dengan rumah saya tau tak?”. Intan menjawab dengan agak kasar. “ Yelah, memang la tak sama dengan umah kita Intan, tapi sekurang-kurangnya seronok juga kat sini kan. Dapat melepaskan tekanan yang awak hadapi di pejabat tu, saya tengok awak tiap-tiap hari macam stress je. Awak ada masalah ke Intan?” Tanya Fahmi dengan penuh prihatin. “ eh laki ni perasan pulak aku ni banyak masalah. Dia intip aku hari-hari k ek?” Tanya Intan dalam hati. “Intan, Intan, awak dengar tak saya Tanya ni? Pertanyaan Fahmi dibiarkan sahaja oleh Intan, bagi Intan, Fahmi bukan tempat dia mengadu masalahnya. Kalau dia mengadu pun bolehkah Fahmi menyelesaikan masalahnya? Itulah kemelut yang melanda fikiran Intan sekarang. Argh! Tak kira dia tidak perlu tahu dan tidak akan tahu hal peribadi aku. “ Eleh ko tak payah nak buat baiklah Fahmi.
            Mesyuarat atau dengan lebih tepat lagi percutian untuk mengeratkan silaturahim antara Intan dan Fahmi selama tiga hari dua malam hanya sia-sia sahaja. hubungan antara mereka semakin dingin. Intan masih menutup hatinya pada mana-mana lelaki kecuali pada bapanya yang tercinta sahaja. selagi mayat bapanya tidak ditemui selagi itulah Intan tidak berminat untuk membuka pintu hatinya pada mana-mana lelaki, baginya semua itu tidak penting kalau bapanya tidak dapat melihat kebahagiaannya. Dia tidak akan berkahwin selain bapanya sebagai wali. Dia sangat yakin bahawa bapanya masih hidup dan dia akan hidup bersama bapanya suatu hari nanti. Apabila sampai di KLIA. Mereka dijemput oleh pemandu keluarga Fahmi yang dikenali sebagai Pak Mat itu, sekali lagi jantungnya berdegup kencang, inilah kali kedua dia berjumpa dengan Pak Mat, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada berjumpa dengan pemandu Fahmi, tapi apakan daya, dia tidak dapat mengelak. Semasa mata mereka bertembung seakan ada satu semangat luar biasa yang menular ke dalam Intan. Intan juga tahu, Pak Mat turut tersentak apabila melihat kelibat Intan. Tapi dia tidak berani menegur. Siapalah dia, hanya pemandu kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan Fahmi sebelum ini.
            Setelah sebulan lebih duduk dalam keadaan tidak tenteram, Intan memberanikan diri untuk bertanya kepada Fahmi mengenai Pak Mat. “Encik Fahmi, boleh saya bertanyakan satu soalan?” soal Intan. “ kalau kerana awak 100 soalan pun saya sanggup Intan, tanyalah?” Fahmi melayan Intan seolah-olah mereka pasangan kekasih. “Pak Mat tu asal dari mana ya? Boleh saya tahu?” owh, pasal pak Mat rupanya, kalau awak nak tahu, mengikut kad pengenalannya dia berasal dari johor, tapi sayang pak Mat hilang ingatan sejak kali pertama papa bawa dia pulang ke rumah.” jelas Fahmi. “ betulkah apa yang awak cakap ni? Awak tak tipu saya kan?” Tanya Intan masih mahukan penjelasan dan seakan tidak percaya. Hal ini menguatkan lagi tekaannya bahawa orang yang dicari selama ini masih hidup. “ eh awak ni, tak kan saya nak berbohong pulak benda macam ni? Betul lah. Kalau tak percaya nanti saya bawa awak jumpa dia dan kita sama-sama tengok kad pengenalan dia.” Kata Fahmi ingin membuktikan kata-katanya. “Baik saya setuju dengan cadangan awak” kata Intan dengan bersungguh-sungguh. “ saya pelik la awak ni, kenapa awak beria-ria sangat nak tahu pasal pemandu saya tu? Tak kan awak suka kat dia kut? Haih! Melepaslah saya.” Ujar Fahmi sambil melepaskan keluhan yang agak berat. “ apa awak merepek ni Fahmi? Ha, jangan lupa temujanji kita, kalau boleh cepat sikit tau.” Intan seakan memberi arahan kepada Fahmi. “ baiklah bos!.” Hanya itu yang mampu diujarkan oleh Fahmi.
            Seperti yang telah dijanjikan, Intan, Fahmi dan pak Mat telah berjumpa di Restoran Selera Kampung yang merupakan restoran pilihan pak Mat sendiri. Katanya, masak lemak cili    api pucuk ubi kayu kat restoran ni sangat istimewa. Mendengar makanan kegemaran pak Mat, hati Intan terus berdenyut kencang. “ cik Intan, cik nak makan apa? Lauk kat sini sedap-sedap tau.” Kata Pak Mat penuh bersemangat. “ apa-apa jelah pak cik, saya makan semua.” Kata Intan. “ “baguslah nak, kalau Pak cik ada anak, Pak Cik nak anak macam cik Intan, senang hidup Pak Cik, makan pun tak memilih.” Ada riak-riak kesedihan pada air muka orang tua itu. “ eh berborak pula kita ni, marilah kita makanan, makanan dah sampai ni.” Ujar Fahmi menyelamatkan keadaan. “Oh ya, sebelum saya terlupa boleh saya tengok kad pengenalan pak Mat.” Beritahu Fahmi. “Boleh apa salahnya, nah ambik ni.” Pak Mat berkata sambil menghulurkan kad pengenalannya. “ terima kasih Pak Mat”. Kata Fahmi. “ Nah! Ambik ni, awak nak tengok sangat kan. Tengoklah!”
MAMAT BIN ABDULLAH,
No 13 KG MAKAM,
86800 MERSING,
JOHOR. 
            “Ya Allah! Syukur Alhamdulilah.” tanpa membuang masa Intan terus memeluk Pak Mat. Tanpa disedari air matanya berlinangan, dah semakin lama, semakin kuat seakan-akan meraung, semua orang yang terdapat di Restoran tersebut terkejut dan memandang aksi yang berlaku di sebuah meja yang terletak di sudut paling hujung tersebut termasuk Fahmi. “Apa awak buat ni Intan? Awak tak malu ke orang tengok? Apa kena dengan awak ni? Buang tabiat ke?” Tanya Fahmi dengan penuh rasa hairan. “Fahmi, saya dah jumpa apa yang saya cari selama ini, ayah saya.” Kata Intan dengan penuh sebak. “Apa?  Pak Mat ayah kamu?” soal Fahmi masih tidak percaya. “ betul Fahmi, ni ayah saya yang saya cari hampir berbelas tahun.” Ujar Intan dalam nada sebak. “ maafkan papa saya Intan, ni semua salah papa saya, papa tak nak berusaha mencari kampung asal Pak Mat. Kami terlalu menyayangi Pak Mat, kami takut pak Mat berpisah dengan kami. Maafkan kami Intan.” Ujar Fahmi dengan penuh rasa kesal. “ tak mengapa Fahmi, saya patutnya ucap terima kasih pada keluarga awak kerana selama ini telah menjaga ayah saya dengan baik. Terima kasih Fahmi!” ada senyumam penuh makna di sebalik kata-kata Intan. Pak Mat tidak mampu berkata apa-apa, sesungguhnya dia masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. Intan hanya membiarkan bapanya dalam keadaan tertanya-tanya, janji hatinya puas, segala sangkaannya selama ini benar belaka. Kini dia mampu tersenyum puas….
HAK CIPTA : SALINA JUHARI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan