Disaat aku merindukanmu ku tatap wajahmu,
Sungguh manis senyumanmu wahai sahabat,
Kerinduanku bertambah taktala segala janji kita bersua,
Kenapa begitu singkat masa kita bersama,
Belum puas aku bersamamu,
Aku rindu tawamu,
Tingkahmu sentiasa terbayang dimataku,
Sahabat.
apa khabarmu di sana sahabat,
doaku kau aman hendaknya,
tunggu aku di sana,
suatu hari nanti aku pasti menemuimu dan kita akan bersama segalanya,
sahabat,
masihkah kau ingat waktu dulu,
kita sentiasa bersama ke mana sahaja,
dimana ada kau mesti diiringi dengan langkahku,
sahabat,
tahukah engkau,
dulu aku selalu cemburukan kau,
kesempurnaan hidup kau selalu aku dambakan,
tetapi aku silap wahai sahabat,
di sebalik kemewahan kau terselit seribu kesengsaraan,
mengapa pada masa itu aku tidak memahamimu wahai sahabat,
ada saja perbuatanku yang tidak ikhlas,
tetapi aku menyesal wahai sahabat,
kalau aku tahu kau akan pergi meninggalkanku,
aku akan ikut segala kehendak kau,
sahabat, pada siapa lagi aku melempiaskan luahan rasa,
tanpamu aku menjadi kaku dan bisu,
masalah bertimpa-timpa,
tiada siapa yang tahu,
tiada yang mahu berkongsi rasa hati,
sesungguhnya kehilanganmu amat menyakitkan wahai sahabat…
love u Nuraiza binti Mohd Shamsudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan