Ahad, 24 Julai 2011

MENDUNG BERARAK

                                                            
Kehidupan Azam tidak seindah remaja-remaja seusianya, tiap kali remaja lain senang-lenang melepak besama rakan-rakan ada tugas yang menantinya. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia tidak keluar melepak bersama-sama rakan-rakannya, sebaliknya dia terus pulang ke rumah untuk membantu ibunya. Pada waktu petang Azam akan menolong ibunya menebang buluh untuk dijual kepada peraih. Buluh-buluh dijual dengan harga 50 sen sebatang dan buluh-buluh tersebut merupakan buluh untuk membuat lemang. Di suatu petang, “ibu, kalau ibu penat ibu berehat sajalah, biar Azam yang angkut semua buluh ni ke atas jalan sana bu”, kata Azam pada ibunya. “tidaklah nak, ibu tidak penat,” kata Mak Minah pada anak tunggalnya itu. Terpandangkan Azam membuatkan dia teringat akan memori bersama arwah suaminya dahulu. Azam sangat mirip dengan bapanyanya, mukanya, gayanya, cara bercakap semua mengikut arwah suaminya, pepatah melayu ada menyebut ke mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Sebab itulah anaknya seorang anak yang rajin macam arwah dulu juga. “ abang, anak abang sama macam abang,” kata Mak Minah dalam hatinya sambil mengimbau kembali peristiwa 12 tahun dahulu ketika Azam masih kecil.
            Setelah tersedar dari lamunannya, Mak Minah segera memanggil Azam kerana hari sudah lewat petang. Mereka pulang pada petang itu dengan membawa hasil sebanyak 25 batang buluh lemang yang telah siap dipotong. Pagi esok ibunya akan menghantar buluh tersebut ke Kedai Pak Seman untuk dijual kepada peraih. Begitulah pekerjaan yang dilakukan oleh Azam dan ibunya pada waktu petang. Jikalau tiada permintaan buluh lemang daripada peraih Azam hanya duduk menemani ibunya di rumah sambil membuat persiapan untuk membuat nasi lemak pada setiap awal pagi iaitu pada pukul empat pagi sebelum ayam berkokok. Pada petangnya, Azam akan membantu ibunya untuk mencari daun pisang, daun pisang tidak payah di beli kerana mereka menanam pokok pisang di sekeliling rumah. Azam melakukan semua perkara tersebut tanpa dipaksa.
            Pada sebelah malamnya pula, dia akan menelaah pelajaran hingga lewat malam. Azam  mahu Berjaya dan membantu kehidupan ibunya. Pada  suatu malam ibu Azam bertanya padanya. “ Azam, kalau dapat masuk universiti azam nak jadi apa?” Tanya ibunya. “Azam nak jadi guru ibu, Azam nak didik orang yang susah macam Azam ni supaya semuanya berjaya. Nanti tak adalah orang susah kat dunia ni bu,” ujar Azam dengan nada yang bersungguh-sungguh. Azam memang bercita-cita untuk menjadi guru, dia ingin menjadi guru yang prihatin seperti Cikgu Halimah.
            “Azam awal kamu ke sekolah hari ni,?” sapa Alia. Betul Alia kebetulan mak saya habis bungkus nasi lemak awal hari ni. Itu yang menyebabkan saya cepat sampai ke sekolah. Kamu dah sarapan ke Alia? kalau belum marilah kita sarapan bersama-sama. Saya ada bawak nasi lebih ni. Eh malu pula saya ni, tapi saya nak jugak, sebab saya tahu nasi lemak mak awak sedap. Kalau hari cuti, ibu selalu beli nasi lemak mak awak tau,” ujar Alia sambil terus menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Suapan yang pertama membuatkan Alia terus diam tanpa bercakap kerana sedang menikmati nasi lemak yang sedap itu. Selesai saja makan, loceng terus menjalankan kewajipannya setiap jam 7.30 pagi. “Azam, loceng dan berbunyi, terima kasih sebab ajak saya makan nasi lemak istimewa mak awak ni, sedap sangat tau,” ujar Alia sambil berkemas-kemas untuk ke kelas. “sama-sama Alia, kalau mak saya dengar awak puji dia macam ni, mesti mak saya suka,” Azam dan Alia berjalan beriringan masuk ke kelas mereka. Sampai sahaja di kelas, Mei Ling dan Ravi sedang menunggu dengan muka yang masam mencuka. “ke mana kamu berdua ni? Kenapa masuk kelas lambat? tanya Ravi seakan tidak berpuas hati kerana sejak sampai ke kelas tadi dia dan Mei Ling tercari-cari mereka berdua. “maaflah Ravi, tadi saya dan Azam sarapan dulu di kantin sebelum masuk ke kelas, lagipun kami datang awal tadi,” terang Alia dengan bersungguh-sungguh. “Oh, begitu, tidak mengapalah, marilah kita bersedia sebelum cikgu Halimah masuk ke kelas ini,” ujar Mei Ling.

            Beberapa minit kemudian, cikgu Halimah masuk dengan agak tergesa-gesa. “Assalamualaikum semua,” Selepas memberikan salam semua pelajar membaca doa penerang hati bersama-sama. Itulah amalan yang dilakukan oleh mereka setiap hari. Cikgu Halimah memulakan kelas seperti biasa. “ maaf ya, cikgu terlambat sikit masuk ke kelas. Sebenarnya tadi ada taklimat sikit untuk hari sukan hujung bulan nanti. Macam mana ada atau tidak wakil dari kelas kamu masuk bertanding pada hari sukan tersebut?” tanya cikgu Halimah. “ mestilah ada cikgu, Azam kan jaguh sukan sekolah kita, dialah wakil kelas kita, selain Azam ramai lagi pelajar lain yang berbakat antaranya ialah Ravi, Alia, Salina dan Hamidah cikgu. Tu semua atlet sekolah cikgu”. Jelas Fahmi yang bertindak sebagai ketua kelas. “ kalau macam tu baguslah, saya harap kamu semua buat persiapan untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Tiba-tiba ada suara mencelah, “ maafkan saya cikgu, tahun ni saya tak dapat masuk bertanding,” sampuk Azam. “kenapa Azam? Kamu ada masalah ke?”  cikgu Halimah agak terkejut dengan jawapan Azam. Pertanyaan cikgu Halimah tidak dijawab, sebaliknya Azam hanya membatukan diri. “tidak mengapalah Azam, cikgu bagi masa untuk kamu berfikir terlebih dahulu. Mana tahu kamu berubah fikiran nanti, lagipun kamu ada masa seminggu lagi untuk memberikan nama kepada saya, selepas kamu berikan nama, latihan akan bermula pada setiap petang. Cikgu rasa setakat itu sahaja penerangan untuk hari sukan tersebut. Kalau ada apa-apa kemuskilan kamu semua boleh terus bertanya kepada saya. Baiklah kelas, mari kita mulakan pelajaran kita pada hari ini,” cikgu Halimah memulakan kelas seperti biasa selepas memberi penerangan kepada pelajar mengenai Hari Sukan Sekolah.
            Hari Sukan Sekolah akan berlansung pada minggu depan, Azam tetap dengan keputusannya tidak mahu ikut serta dalam pertandingan tersebut. Tanpa pengetahuan Azam, Mei Ling, Ravi dan Alia telah ke rumahnya untuk menceritakan tentang hari sukan kepada Ibu Azam dan sekaligus meminta kebenaran untuk Azam menyertai pertandingan pada hari sukan sekolah. Sangka mereka ibu Azam yang menjadi penghalang untuk Azam bergiat aktif dalam sukan. Pada petang itu, kebetulan Azam tidak ada di rumah. Azam telah keluar untuk mencari buluh seperti biasa. Mak Minah tidak dapat ikut serta kerana kesihatannya tidak mengizinkan. “Assalamualaikum, mak cik, kami kawan Azam datang nak jumpa mak cik,” setelah salam diberi sebanyak tiga kali barulah Mak Cik Minah muncul dari dalam. “ oh kawan-kawan Azam, maaf ya Azam tak ada di rumah. Kamu semua naiklah dulu. Kejap lagi baliklah si Azam tu,” ujar Mak Minah. “eh tak mengapalah Mak Cik, kami datang ni nak berjumpa Mak Cik,” Kata Ravi. “Ada apa kamu semua nak berjumpa dengan Mak Cik ni?” kata Mak Minah penuh tanda tanya. “hurm begini Mak Cik, Mak Cik tahu kan Azam tu olahragawan sekolah, minggu depan adalah Hari Sukan Sekolah. Tapi Azam tidak masuk bertanding kali ini. Kenapa Mak Cik tak benarkan Azam ikut bertanding? Dia merupakan harapan kami untuk meraih emas Mak Cik,” Alia menjelaskan tujuan mereka datang situ. “oh pasal itu rupanya kamu semua datang ke mari, sebenarnya bukan mak cik tak benarkan tapi Azam yang menolak, katanya kalau dia masuk pertandingan tiap-tiap petang dia kena turun berlatih, sebab tu dia menolak. Pada setiap petang Azam bekerja dengan mak cik untuk menyara hidup kami dua beranak ni,” kata Mak Minah. “eh betul ke Mak cik? Maafkan kami, kami tak tahu pun selama ni tiap-tiap petang Azam bekerja,” kata Mei Ling agak kesal kerana selama ini mereka tidak prihatin terhadap masalah yang menimpa rakan mereka. “eh tu pun Azam dah balik,” kelihatan Azam memikul buluh-buluh yang telah dipotong sama rata. “Ravi, Mei Ling, Alia, apa kamu semua buat kat sini, maaflah saya tak ada di rumah tadi, kamu semua dah lama ke sampai?” tanya Azam bertalu-talu. “ tak mengapalah Azam, kami datang sekejap saja, kamu tak ada jadi kami berbual aja dengan Mak Cik ni,Azam kenapa kamu tidak beritahu bahawa kamu bekerja pada waktu petang? Kalau kamu beritahu boleh kami tolong kamu dan kemudian kita boleh berlatih bersama-sama,”ujar Ravi penuh simpati. “eh tak kan la saya nak menyusahkan kamu semua,”kata Azam. “apa salahnya Azam, kita kan dah kawan lama, tolong menolong tu amalan mulia tahu tak?” Alia pula menyampuk. “baiklah mulai esok kami semua akan menolong kamu mencari buluh, kalau buat kerja ramai-ramai mesti cepat. Lepas tu boleh la kita berlatih untuk hari sukan sama-sama ya,” kata Mei Ling. “betul ke kamu semua nak tolong saya? Terima kasih kawan-kawan, budi kamu semua tidak dapat kami balas,” tanpa mereka sedari ada air mata yang mengalir melihat persahabatan mereka yang tulus, Mak Minah bersyukur kerana anaknya tidak salah memilih kawan.
            Minggu hari sukan sekolah telah berlalu, seperti yang dijangkakan Azam dan kawan-kawannya dapat meraih banyak pingat emas kerana usaha yang telah dilakukan dan semangat kerjasama antara mereka sangat kental. Azam buat kali kedua telah dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Pada pagi yang hening itu, Azam bersemangat bangun untuk ke sekolah, air perigi yang dingin sudah sebati dalam hidupnya, sesekali badannya mengigil dek kerana aliran air yang dingin mengalir ke seluruh pelusuk tubuh. Giginya turut berlaga antara satu sama lain. Keadaan rumah Azam yang agak jauh daripada umah orang lain menyebabkan mereka sukar mendapatkan sambungan air paip bersih, bermacam-macam cara yang telah dilakukan oleh Azam dan ibunya, namun orang kampung tidak menghiraukan mereka. Hal ini berpunca daripada bapa Azam yang merupakan sampah masyarakat di kampung. Bapanya telah membuat onar kerana dirinya dikuasai dengan najis syaitan. Kerana terdesak tiada duit, barang-barang orang kampung dicurinya. Peristiwa itu berlaku tujuh tahun dahulu. Namun, semuanya segar dalam ingatan kerana kematian bapanya bukan dengan cara baik. Bapanya mati di belasah oleh orang kampung kerana percubaan mencuri barang kemas milik ketua kampung. Pada masa itu, ibunya hanya mampu meraung dan berserah, sejahat manapun lelaki itu dia tetap suaminya. Kesedihan dan kesempitan hidup pada masa itu ditambah lagi dengan satu mala petaka yang besar.
            Jenazah arwah suami Mak Minah tidak mahu diuruskan oleh orang kampung, hanya beberapa imam dan kiai kampung yang sanggup menguruskan, tetapi masih tidak cukup. Orang kampung seperti melepaskan pucuk masing-masing sahaja. Terpaksa Mak Minah memanggil beberapa orang dari kampung sebelah yang dahulu kebetulan pernah mengenali arwah suaminya dan berkawan baik. Setelah jenazah selesai diuruskan tinggallah Mak Minah dan anaknya Azam. Mak Minah jarang keluar rumah kerana tidak tahan dengan ejekan dan hinaan orang kampung. Nasib baik ada Azam, kepada Azamlah dia bergantung harap. Nasi lemak dan kuih muih yang dibuatnya pun dijual oleh Azam. Buluh-buluh yang dicari mereka pun dijual kepada peraih luar. Orang luar lebih menghargai Mak Minah. Kadang-kadang ada juga yang menempah tikar mengkuang daripada Mak Minah. Maklumlah pada zaman sekarang jarang nak jumpa tikar mengkuang lagi, Mak Minah pun buat bila ada tempahan je.
            Detik-detik mendebarkan telah pun tiba, minggu ni peperiksaan SPM akan berlangsung, Azam sudah bersedia awal-awal lagi, namun dia kurang yakin dengan dirinya kerana harapan ibunya sangat besar. Dia tidak mahu ibunya kecewa lagi, tetapi semangat daripada kawan-kawannya datang bertali arus menyebabkan Azam terus tersedar daripada mimpi. Minggu-minggu peperiksaan dilalui dengan hati yang tenang. “Azam, macam mana? Ok tak kamu rasa?” tanya Alia. “alhamdulilah semuanya berjalan lancar, terima kasih semua kerana banyak menolong saya sepanjang kita kenal, tak tahu lah macam mana saya nak balas budi kamu semua. “eh apa perancangan kamu semua sementara menunggu peperiksaan ni? tanya Ravi. “saya semestinya nak kerja tolong ibu saya Ravi, kamu pun faham kan keadaan kami macam mana. “Saya ada satu cadangan, apa kata kita berniaga sementara tunggu keputusan SPM,” Ravi memberikan cadangan. “ saya setuju, tapi mana kita nak dapatkan modal,” soal Azam yang sudah pasti mempunyai masalah kewangan. Soal modal kamu semua tak payah risau, saya akan pinjam daripada papa saya, saya yakin pasti papa saya akan menolong kita, dia suka kita lakukan kerja berfaedah daripada kita duduk melepak sahaja,” kata Mei Ling penuh bersemangat. “ kalau macam tu kita kena bincang kita nak berniaga apa?” Alia segera menyampuk. “Kalau nak berniaga saya rasa baik kita niaga burger, kat taman perumahan Alia saya tidak nampak orang jual burger. Di situ ramai orang dan ada taman permainan, siang dan malam orang sentiasa penuh, macam mana ok tak?” Tanya Ravi. “bagus jugak cadangan Ravi tu, selain burger kita boleh jual bermacam-macam air dan makanan ringan,” nanti saya akan minta ayah saya daftar perniagaan kita dan minta tapak untuk kita berniaga. Bagus cadangan ni, ha lagi satu, pagi-pagi kita boleh minta ibu Azam masakkan nasi lemak untuk kita jual. Dengan cara ni boleh tambahkan pendapatan keluarga Azam, macam mana azam? Kamu setuju tak?” ulas Alia dengan  panjang lebar. “saya setuju, balik nanti saya akan beritahu ibu saya, saya pasti dia gembira dengan berita ini, baiklah semua marilah kita pulang waktu asar dah masuk ni, saya nak ke surau dahulu, kamu semua pulanglah dulu ye..
            Azam terus ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat asar. Selesai solat dia terus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi ketenangan semasa menjawab peperiksaan. Dia juga berdoa semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan sekaligus dapat merubah nasib keluarganya. Selesai solat asar Azam bergegas pulang untuk menolong ibunya mengangkat tikar mengkuang yang telah dijemur sebelum dia ke sekolah. Langit sudah kehitaman menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Selesai sahaja mengangkat tikar mengkuang tersebut hujan terus membasahi bumi. Dalam hati Azam mengucapkan kesyukuran di atas nikmat Allah.
            “Ibu, Azam ada perkara nak beritahu ibu,” Azam mendekati ibunya yang sedang melipat kain. “ada apa Azam, beria benar nampaknya kamu ni,” tanya ibu Azam dengan senyuman yang tidak penah lekang di bibir. “hurm, begini ibu, kawan-kawan Azam ajak Azam berniaga cuti ni, sementara tunggu keputusan SPM. Mereka suruh Azam jual nasi lemak sekali, macam mana ibu setuju tak?” “eh baguslah tu Azam, ibu boleh buat nasi lemak banyak sikit, kalau nak bukak gerai senang la kita nak jual, untung pun dapat la kat kita, kalau hantar kedai tuan kedai akan ambik untung daripada hasil jualan kita. Ibu  setuju, bila kamu nak mulakan jualan tu Azam?” mak Minah sangat bersemangat mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya itu. Kalau semuanya dah selesai dan bersedia minggu depanlah ibu
Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar, sudah hampir sebulan mereka mengusahakan gerai secara kecil-kecilan. Gerai tersebut dibuka seawal jam tujuh pagi hingga 10 malam. Mereka menjaga gerai tersebut secara bergilir-gilir, Azam dan Alia ditugaskan dari jam tujuh pagi sampai empat petang manakala Ravi dan Mei Ling pula bermula jam 4 petang hinggan 10 malam. Begitulah rutin harian mereka setiap hari. Dalam sehari jualan mereka boleh menjangkau hingga ke angka 300. Namun, kadang-kadang mereka hanya mendapat rm100. Walau macam mana sekalipun mereka tidak pernah berputus asa. Nasi Lemak Mak Minah pula semakin digemari ramai, boleh dikatakan satu taman perumahan sudah terkenal dan tahu aroma keenakan nasi lemak daun pisang Mak Minah. Kadang-kadang ada yang kecewa kerana tidak dapat menjamahnya kerana telah habis. Setiap hari Mak Minah hanya membuat 100 bungkus nasi lemak yang dijual dengan harga rm 1. Ada juga yang pelanggan tetap yang telah menempah awal-awal lagi kerana takut kehabisan nasi lemak tersebut. Kata seorang pelanggan, nasi lemak Mak Minah asli, terasa lemaknya, sambalnya pula pedas dan rasa manis-manis sedikit. Betul-betul memikat selera ramai. Walaupun hanya berlaukkan ikan bilis dan telur sudah cukup mengenyangkan. Ada yang cakap makan nasi lemak ni tak cukup satu, mesti nak makan dua bungkus. Begitulah kisah nasi lemak Mak Minah. Selain Nasi lemak, burger citarasa semua yang direka khas empat orang sahabat ini turut menjadi kegilaan ramai, apa tidaknya, burger ni menggunakan konsep cuba buat sendiri kalau mahu. Maknanya sesiapa yang ingin mencuba untuk buat burger sendiri dialu-alukan. Macam konsep layan diri, harga tetap sama. Ramai budak-budak muda yang sukakan konsep ini, ada yang tak nak sayur, nak sos lebih, tak nak mayonis dan macam-macam lagi. Dengan cara ini mereka akan berpuas hati dengan burger yang dihasilkan. Gerai yang berkonsep mesra alam ini juga turut menyediakan air percuma tiap-tiap hari. Air jenis lain dijual dengan harga RM1. Remaja, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang dahaga setelah penat beriadah bolehlah minum air percuma tersebut.
Di suatu petang, “nampaknya perniagaan kita semakin maju sekarang, untung pun boleh tahan,” kata Ravi. “betul tu Ravi, saya seronok dengan apa yang kita lakukan sekarang, semua modal kita yang dipinjam dari papa Mei Ling sudah habis dibayar, sekarang kita dah Nampak hasilnya, gaji kita RM20 ringgit sehari pun agak lumayan jika nak dibandingkan daripada kita duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Sekarang duit kita ada rm1000. Kita mesti simpan duit tu dengan selamat. Apa cadangan kamu Azam?” Tanya Alia. “ saya cadangkan kita buka akaun bersama, dengan cara ini duit kita selamat. Semua orang ada nama dalam akaun tersebut, macam mana setuju?” cadang Azam. “setuju!!” jawab keempat-empatnya serentak.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari ini peperiksaan SPM akan diumumkan, Azam dan rakan-rakannya sudah tidak sabar lagi untuk mengambil keputusan di sekolah. Gerai mereka tutup pada hari tersebut. Mereka tiba ke sekolah tepat jam 12 tengahari, semua pelajar seakan tidak sabar untuk mendapatkan keputusan SPM. Begitu juga mereka, setelah tiba giliran mereka, mereka mengambil dahulu slip keputusan tersebut dan tidak membukanya lagi. Apabila semua sudah berkumpul dan keputusan sudah berada di tangan mereka membukanya bersama-sama. Yea!!! Jerit mereka sama, aku dapat 8A, kata Azam, aku juga dapat 8A dikuti Ravi dan Alia. “kamu Mei Ling dapat berapa?”Tanya mereka serentak. “Aku dapat 10A,” kata Mei Ling dengan senyuman lebar. “wah!tahniah Mei Ling, nampaknya kamulah yang paling cemerlang antara kita berempat” Mei Ling menerima ucapan tahniah daripada kawan-kawannya. “kamu semua pun apa kurangnya, semua dapat keputusan cemerlang. Marilah kita pulang sampaikan berita gembira ni kepada keluarga kita dahulu,”ujar Mei Ling. “baiklah!!.’jawab mereka serentak.
“assalamualaikum. Ibu,ibu. Azam dah balik ni ibu” Azam bergegas ke dapur kerana yakin ibunya pasti berada di dapur. “waalaikumusalam, Azam, kenapa ni Azam?” “alah ibu ni buat-buat lupa pulak, mestilah Azam nak beritahu keputusan yang Azam baru dapat ni,”” ibu saja je nak tengok kamu, ha macam mana?” “macam mana apa ibu? Mestilah cemerlang. Azam dapat 8A ibu, kawan-kawan lain pun dapat cemerlang. Tahniah anak ibu. Akhirnya berjaya juga ibu, ibu bangga dengan kamu,”mak Minah memeluk Azam sambil menitiskan air mata. “kalau ada ayah kamu mesti dia turut bangga dengan pencapaian kamu,” “ mak jangan dikenang orang yang dah tak ada. Kejayaan ni semua untuk mak… terima kasih mak kerana membesarkan Azam sampai azam berjaya.
Setahun berlalu, kini Mei Ling melanjutkan pelajaran ke New Zeland, Ravi dan Alia ke matrikulasi dan Azam ingin mengejar cita-citanya menjadi seorang guru dan beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab perguruan. Keempat-empatnya telah berjaya mencapai cita-cita masing-masing sementara mak Minah mengusahakan gerai yang ditinggalkan oleh mereka. Gerai tersebut semakin maju dan akan dinaiktaraf menjadi restoran tidak lama lagi. Mak Minah bersyukur dengan apa yang diperolehinya dan berdoa ke hadrat ilahi semoga kebahagian miliknya dan Azam buat selamanya.
Hak cipta : Salina Juhari.
                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan