Situasi ini berlaku sebelum saya balik ke kampung untuk bercuti selama seminggu. Sudah menjadi kelaziman saya untuk mencuci baju di dobi. Bukan bermaksud saya malas, tapi memang saya tak suka mencuci baju menggunakan tangan. Tabiat itu tidak dapat dihindar sejak dulu. Tapi saya rasa tidak rugi melakukan perkara tersebut kerana pada pendapat saya lebih jimat. Jimat air, sabun dan masa. Situasi saya yang kelima ada kaitan dengan bilik dobi. Apabila saya sampai di bilik dobi saya agak terkejut dengan kenyataan berikut:
Sepatutnya, pengusaha dobi tidak boleh menggunakan kata-kata sedemikian, kata-kata sedemikian bukan memberi amaran kepada pelajar-pelajar di kolej, malahan, menambahkan kemarahan kerana seakan menghina. bahasa Melayu sangat indah, banyak lagi perkataan yang baik boleh dipilih untuk memberitahu atau memberi arahan kepada pelajar tentang kerosakan mesin tersebut. Kenyataan yang dibuat mungkin menyebabkan ada pelajar yang bertindak di luar kawalan kerana rasa tercabar. Menggunakan bahasa yang betul amat perlu untuk menjaga hubungan antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat.
p/s: Bahasa cerminan jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan