Situasi 8- Cakcibo
Hari ini saya telah mempelajari satu perkataan baru, walaupun pernah mendengarnya sebelum ini, tapi maksudnya berbeza. Perkataan tersebut ialah "cakcibo" atau dikenali sebagai belalang. Cakcibo ialah panggilan bagi belalang yang digunakan oleh masyarakat negeri Perak. Selama ini, dalam pengetahuan saya, cakcibo bermaksud pepatung. Hal ini membuatkan saya keliru. Adakah belalang dan pepatung itu sama? setahu saya tidak sama. Namun, saya mesti terima keadaan ini kerana lain tempat lain panggilannya. Walau bagaimanapun saya menganggap ini satu pengetahuan baru dan mungkin berguna suatu hari nanti InsyAllah.
|
Belalang |
|
Pepatung |
belalang pon cakcibo jgk ke? huhu.. setau teman la. dari kecik sampei beso duduk peghok ni tok penoh dengor cakcibo tu belalang. beloh mane plok yg panggil cakcibo tu belalang?
BalasPadamkat perak memang cakcibo tu pepatung.
BalasPadam