kehidupan ibarat ombak.. sekali menghempas pantai sekali pantai berubah.. iman yang teguh menjadi benteng di tepian pantai yang memutih..
Khamis, 17 Februari 2011
Situasi 9- Kemalangan Batin
Semalam semasa belajar subjek EDU, saya telah mendapat satu ayat baru yang saya rasa sangat sopan digunakan dalam masyarakat kita. Perkataan tersebut ialah "kemalangan batin" bagi menggantikan "melakukan seks di luar nikah". Seperti mana yang kita tahu masyarakat kita pada hari ini, terutama pada seusia awal kanak-kanak sudah terdedah dengan perkataan yang berunsur pornografi yang bukan sahaja boleh merosakkan bahasa malahan turut merosakkan jiwa mereka. Pandangan saya usaha untuk memperkayakan bahasa yang lebih sopan amatlah perlu bagi mengekalkan identiti masyarakat melayu yang sinonim dengan budaya lemah lembut dan sopan." Bahasa Jiwa Bangsa"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan