Sabtu, 26 Februari 2011

Situasi 10- Menyorok

Assalamualaikum... Situasi ini merupakan perkara baru yang saya dapat tahu iaitu perkataan menyorok. setahu saya perkataan menyorok bermaksud bersembunyi, tetapi saya baru mendapat maklumat baru beberapa hari lepas perkataan menyorok membawa maksud yang lain.

Kawan 1: bangun pagi-pagi lapar la lum menyorok lagi.
Kawan 2: jom kita menyorok.

Setelah membaca chat kawan di facebook, saya tertanya-tanya apakah maksud menyorok? tak kan mereka nak pergi menyorok(bersembunyi) pagi-pagi buta ni. untuk apa? lalu saya bertanya kepada kawan tersebut. Rupa-rupanya perkataan menyorok juga membawa maksud sarapan pagi iaitu merupakan dialek Kedah. Hal ini dapat menambahkan kosa kata dalam kamus harian saya.



                                             Gambar hiasan: Nasi Lemak untuk sarapan pagi atau menyorok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan