Khamis, 10 Februari 2011

Situasi 5: Bodoh, bodoh, bodoh.....

Danish dan Dania
Assalamualaikum....
Keseronokan bercuti selama seminggu masih terasa. Masa yang amat terhad ini diluangkan sepenuhnya untuk keluagra tercinta. Masih terbayang lagi keceriaan anak-anak buah menyambut kepulangan saya. Terasa diri diperlukan,dihargai dan seakan tidak mahu pulang ke Tanjung Malim. Situasi keenam ini ada kaitannya dengan anak buah saya yang disayangi.


Danish: bodoh, bodoh, bodoh.. (menghamburkan kemarahan kepada kakaknya dengan butir percakapan yang pelat)
Ibu Danish : Danish, nak toto ke?( toto= merujuk kepada selimut tebal)
Danish: Nak toto bu.. ( masih dengan pelatnya)


Situasi ini menunjukkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kalangan kanak-kanak berusia awal tiga tahun. Kanak-kanak seperti mereka tidak tahu apa-apa tentang makna perkataan 'bodoh'. Mereka  hanya menyebutnya setelah mendengar orang lain berkomunikasi. Pemerolehan bahasa mereka adalah meniru apa-apa yang berada di sekelilingnya. Perbuatan ibu danish mengubah perkataan tersebut menjadi makna yang lain yang lebih positif amat bagus. Oleh itu, orang yang lebih dewasa perlulah menjaga percakapan mereka apabila berdepan dengan kanak-kanak supaya mereka tidak terdedah dengan bahasa yang berunsur negatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan