Selasa, 15 Februari 2011

Situasi 7- Kata Ganti Nama Diri

Hari ini, di dalam kelas semantik saya telah mempelajari tentang perkataan yang sinonim dari segi kolokial. Kawan saya memberi contoh perkataan "saya" sama dengan perkataan "ana". Kata ganti diri saya amatlah sesuai untuk digunakan dalam pelbagai urusan kerana lebih halus dan sopan. Tetapi penggunaannya mengikut situasi juga, ramai dalam kalangan kita lebih mesra menggunakan kata ganti nama diri "aku" apabila bercakap dengan orang yang dikenali atau kawan karib kita. Kita akan merasa pelik jika orang yang baru kita kenali membahasakan diri dia dengan panggilan aku.

Selain itu, dalam situasi formal pula kita juga membahasakan diri kita dengan panggilan saya. Tetapi, saya pernah belajar dengan seorang Cikgu yang suka membahasakan dirinya "aku". Apabila kami bertanya kepada guru berkenaan, beliau mengatakan dengan Allah S.W.T pun kita membahasakan diri kita "aku", dan dia merasakan kata ganti nama diri "aku" lebih lembut dan sesuai digunakan.

Hal ini berbeza pula dalam keluarga saya, atuk, nenek, pak cik, mak cik dan sedara mara yang telah berumur membahasakan diri mereka dengan panggilan "ambe= hamba".(ambe ialah sebutan dalam dialek terengganu) menggunakan kata ganti diri hamba lebih membawa maksud rendah diri dan kita menghormati orang yang dilawan bercakap. Saya hanya menggunakannya pada keadaan yang tertentu sahaja, semasa bercakap dengan mereka atau mengajuk percakapan mereka. Sepatutnya panggilan "ambe" ini boleh dikekalkan apabila berada di rumah kerana hal itu menunjukkan budaya sesebuah masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan