Situasi tujuh merujuk kepada komunikasi dalam persekitaran formal seperti pembelajaran di dalam kelas.
Dalam situasi ini, saya kerap kali mendengar mahasiswa-mahasiswa menggunakan perkataan seperti "korang" semasa pembentangan tugasan di dalam kelas. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan dan sukar untuk diubah. bukan saja kata ganti diri "korang" digunakan malahan dalam situasi ini mahasiswa turut mencampuradukkan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris semasa pembentangan dijalankan. Perkataan seperti next, simple,ok, dan banyak lagi perkataan-perkataan lain selalu digunakan oleh pelajar tanpa mereka menyedarinya. Sepatutnya dalam situasi formal begini pelajar tidak boleh menggunakan bahasa basahan sebaliknya gunalah bahasa Melayu tinggi yang betul. Inilah masanya mahasiswa-mahasiswa memartabatkan Bahasa Ibunda sendiri dan tidak mengagung-agungkan bahasa lain. Sepatutnya, perkataan "korang" mesti digantikan dengan perkataan "kamu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan