Saya telah pergi ke pekan tanjong malim untuk mengambil telefon bimbit saya di sebuah kedai. Dua minggu lepas saya menghantar telefon bimbit tersebut kerana mengalami rosakan. Alhamdulilah sekarang dah seperti sedia kala walaupun saya terpaksa menghabiskan RM 30. Namun begitu, ini bukan cerita sebenar yang saya nak cerita. Ceritanya berbunyi begini. Semasa saya melewati sebuah kedai bunga saya terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan yang beruniform sekolah. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah. Secara tidak sengaja saya terdengar perbualan mereka.
Pelajar satu: Eh, bunga ni cantik la. Kita beli yang warna putih nak?
Pelajar dua : Bodoh la ko ni… nak watpe yang macam gini…
Pelajar tiga: Ha, betol tu.. tak cantik la bodoh…
Begitulah situasinya yang agak mengejutkan saya. Sepatutnya sebagai seorang remaja dan juga pelajar sekolah mereka tidak boleh menggunakan perkataan "bodoh" tersebut dalam perbualan seharian. Walaupun bagi mereka perkara itu menjadi kebiasaan, tetapi mereka perlu mengubahnya kerana perkara tersebut bukanlah budaya orang melayu selain demi melahirkan modal insan kelas pertama. Perbualan sebegini kerap kali kita dengar dalam kalangan remaja yang telah meningkat dewasa. Di sini guru perlu memainkan peranan masing-masing. Wassalam.
ishk3...tak baik je...
BalasPadamhappy blogging \0/