Selasa, 25 Januari 2011

Situasi 3- Bahasa

Terdapat banyak pengaruh negatif dalam 'facebook'
Assalamualaikum..
Hari ini kuliah berjalan seperti biasa. pembelajaran dapat diharungi dengan baik walaupun saya agak mengantuk berada di dalam kelas. mungkin sebab tidak cukup tidur pada malam hari. semalam hari yang sangat sibuk sehinggakan saya tidak sempat untuk melayari internet. dari pagi hingga malam dipenuhi dengan kuliah dan latihan silat pada malam hari. walaupun sangat penat, saya tetap seronok dapat menambah pengalaman dan ilmu baru. hari ini apabila ada kesempatan untuk membuka akaun facebook saya telah menggunakan kesempatan ini untuk berborak dan bertanyakan khabar kawan yang telah lama tidak berjumpa. tiba-tiba ada seorang rakan sekolah memberi komen ke akaun facebook saya. Perbualannya berbunyi begini:


Kawan : iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Saya : As salam. hai..
Kawan : Buat pe??
Saya: Duduk-duduk sahaja.
Kawan : Fucker mg.
Saya : Fucker?
         apa maksudnya?
kawan : Awk baik
saya : Amin


Ulasan:
Cara kawan saya ni agak tidak beradab. Bertegur sapa dengan panggilan hai sahaja, sedangkan sesama islam kita boleh menggunakan bahasa yang lebih sopan seperti memberi salam. Itu merupakan satu perkara yang kurang diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini. mereka kebih terikut-ikut dengan budaya barat yang semakin menular menjadi duri dalam daging. selain itu saya tidak tahu apakah tujuan dia mengatakan fucker kepada saya, dia tersalah cakap atau sengaja saya tidak pasti. tapi percakapannya amat kasar dan mengejutkan saya. mungkin bagi dia perkataan tersebut biasa, tetapi tidak dalam masyarakat, terutama dalam masyarakat melayu yang penuh adab dan sopan. Setahu saya, saya tidak pernah bermusuh dengan dia atau mungkin dia tersalah orang. sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku tetapi inilah hakikat zaman yang serba canggih ini, remaja sibuk mengejar kecanggihan sehingga lupa adab dan sopan.

Ahad, 23 Januari 2011

Situasi 2- Bahasa itu budaya kita.

Pada hari ahad iaitu semalam saya telah menyertai "Program Smart Learning". Sedikit sebanyak program ini dapat membantu saya membina keyakinan diri. selain itu saya juga dapat mengetahui cara untuk belajar dengan bijak. Banyak ilmu yang saya perolehi semasa mengikuti program ini. Namun, hal itu bukanlah isu utama yang nak disampaikan. situasinya begini, ada seorang pelajar yang mungkin baru mula mengenal dunia barangkali. Selesai sahaja majlis perasmian dan jamuan VVIP, dia tiba-tiba mengarahkan tenaga pengajar dan kami semua untuk membersihkan bilik jamuan VVIP tersebut. Ayatnya berbunyi begini: hei, kemas-kemas la semua bilik ni kembali seperti asal!!( nada arahan yang kurang sopan beserta mimik muka yang agak tidak sopan juga) dia mengarahkan kami seolah-olah kami orang bawahannya, saya tidaklah mengambil hati dengan apa yang diucapkannya, tapi tenaga pengajar tersebut agak terkejut dengan tindakan kurang sopannya sehingga dia mengadu kepada saya tentang sikap pelajar tersebut. Saya sebagai seorang pelajar sangat malu dengan perbuatan pelajar tersebut.

Ulasan: sepatutnya sebagai seorang pelajar kita mestilah mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mesti belajar menghormati orang yang lebih tua terutama guru dan ibu bapa kita.

Jumaat, 14 Januari 2011

Situasi 1-Bunga

14 januari 2011, 1.43 PM

Saya  telah pergi ke pekan tanjong malim untuk mengambil telefon bimbit saya di sebuah kedai. Dua minggu lepas saya menghantar telefon bimbit tersebut kerana mengalami rosakan. Alhamdulilah sekarang dah seperti sedia kala walaupun saya terpaksa menghabiskan RM 30. Namun begitu, ini bukan cerita sebenar yang saya nak cerita. Ceritanya berbunyi begini. Semasa saya melewati sebuah kedai bunga saya terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan yang beruniform sekolah. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah. Secara tidak sengaja saya terdengar perbualan mereka.

Pelajar satu: Eh, bunga ni cantik la. Kita beli yang warna putih nak?
Pelajar dua : Bodoh la ko ni… nak watpe yang macam gini…
Pelajar tiga: Ha, betol tu.. tak cantik la bodoh…

       Begitulah situasinya yang agak mengejutkan saya. Sepatutnya sebagai seorang remaja dan juga pelajar sekolah mereka tidak boleh menggunakan perkataan "bodoh" tersebut dalam perbualan seharian. Walaupun bagi mereka perkara itu menjadi kebiasaan, tetapi mereka perlu mengubahnya kerana perkara tersebut bukanlah budaya orang melayu selain demi melahirkan modal insan kelas pertama. Perbualan sebegini kerap kali kita dengar dalam kalangan remaja yang telah meningkat dewasa. Di sini guru perlu memainkan peranan masing-masing. Wassalam.

Selasa, 11 Januari 2011

Suatu Permulaan...

Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya blog ini dapat dihasilkan. Walaupun pada mulanya agak keberatan hati ini untuk menjejakkan langkah ke alam blogger,tetap kugagahi jua dan akan kulajukan langkahan ini demi mencapai impian..


Blog ini khas untuk subjek Sosiolinguistik Melayu di bawah bimbingan Dr. Siti Saniah bt Abu Bakar..
Semoga tugasan pertama iaitu menyiapkan 'diari' berjalan lancar...
Amin.......